berita

‘Jangan Ambil Pelajar Repeat Jadi Member Group Assignment’ – Netizen Titip Pesan Buat Pelajar Bakal Masuk IPT

June 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seramai 109,617 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Sudah pasti perasaan teruja mula bermain di fikiran setiap pelajar tentang bagaimana kehidupan baharu nanti di universiti. Pelbagai nasihat dan tips juga pasti diminta daripada senior. Betul tak?

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal Hisham meminta netizen untuk memberi nasihat yang terbaik buat para pelajar yang bakal masuk ke universiti tidak lama lagi.

Nasihat terbaik

Pelbagai pesanan diberikan kepada para pelajar yang bakal memasuki universiti tidak lama lagi. Antara pesanan yang diberikan ialah, mereka perlu melakukan sesuatu perkara mengikut diri sendiri dan tidak perlu mengikut orang lain. Setiap pelajar juga dinasihatkan jangan menangguhkan kerja yang diberikan oleh pensyarah semata-mata hendak berhibur bersama rakan.

Selain itu, seorang netizen turut meninggalkan pesanan di mana setiap pelajar perlu menggunakan peluang zaman belajar untuk mengasah bakat diri serta memperbaiki kemahiran diri seperti presentation, communication dan leadership skills. Individu turut memberitahu bahawa kesemua kemahiran yang dimiliki bakal digunakan di alam pekerjaan kelak.

Beri komitmen sepenuhnya

Di samping itu, netizen turut menasihatkan setiap pelajar jangan memilih kawan dan mempunyai sikap berpuak-puak. Tambah netizen, sebagai seorang pelajar mereka perlu memberi komitmen yang sepenuhnya terutama apabila melakukan sesuatu tugasan secara berkumpulan. Saling membantu antara satu sama lain ketika belajar juga mampu mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan di univeristi nanti.

Sumber: Haikal Hisham

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×