berita

‘Jangan Berbangga Dengan Maksiat!’ – Berhijab Hanya Kerana Kecewa, Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Fathia Latiff

April 25th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tampil berambut pendek di acara pertunjukan fesyen, Fathia Latiff memaklumkan dirinya tidak lagi berhijab. Keputusan tersebut dibuat kerana mahu jadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Fathia turut mendedahkan keputusannya berhijab sebelum ini kerana rasa kecewa.

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi Facebook menegur tindakan Fathia itu. Katanya;

Nasihat kepada mereka yang lawan perintah Allah

Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikkan, ke mashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat nyawa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!..

Jangan berbangga dengan maksiat

Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.

Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan, berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini..

Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat!!!!Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Netizen sokong teguran

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×