Sebelum ini, pelakon, Que Haidar, meluahkan rasa kurang senang dengan pendekatan sebuah produksi yang disifatkan sebagai tidak profesional semasa berurusan dengannya.
Artikel berkaitan: ‘Maaf Saya Terpaksa Reject’ – Que Haidar ‘Ajar’ Produksi Tak Profesional
Terbaru, Adi Putra pula memberi peringatan kepada penerbit baru agar menghormati tenaga kerja industri seni. Jelasnya lagi, individu berkenaan tidak sepatutnya memberi harapan dalam soal kerja meskipun hakikatnya itu bukan niat asal.
Untuk umum
https://www.instagram.com/p/CGNS9hvDyG1/
Menurut Adi, penerbit baru perlu menghormati tenaga kerja artis dan semua krew yang terlibat. Tambahnya, kesemua artis ingin memulihkan kembali ekonomi mereka susulan wabak Covid-19 yang melanda negara. Oleh itu, penerbit perlu menyediakan dokumen perjanjian dan tidak boleh lock tarikh tanpa surat perjanjian pembayaran.
Tambahnya, penerbit perlu memaklumkan terlebih awal kepada artis yang sedia ada seandainya mereka mahukan artis yang lain. Ini kerana, artis yang sedia ada mampu mencari rezeki lain.
Semoga dipermudahkan urusan
Sumber: Adi Putra