berita

[VIDEO] ‘Saya Harus Bimbing Dia Walaupun Tidak Sempurna’ – Syamsul Yusof

March 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof memberitahu tujuannya memfailkan nusyuz terhadap Puteri Sarah kerana tidak mahu isteri pertamanya itu berterusan membuka aib rumah tangga serta menyalahkan antara satu sama lain di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Sentiasa Doa Jadi Suami Adil, Nafi Ira Kazar Tengah Berbadan Dua

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Sedang Dalam Siasatan Di Bawah Akta 559, Persetubuhan Luar Nikah’ – Puteri Sarah

‘Itu urusan saya, pilihan saya’

Menurut Syamsul, tindakan itu juga meminta Sarah henti menyebarkan atau berkongsi perihal rumah tangga mereka di media sosial sebaliknya datang berbincang secara baik.

Kata aktor berumur 39 tahun, dia menyedari banyak pihak yang mempersoalkan tindakannya mengahwini Ira Kazar namun dia berkata segala keputusan yang dibuat adalah urusan serta pilihannya sendiri.

Sekiranya saya tak beritahu tidak memfailkan nusyuz semalam, saya amat yakin Puteri Sarah akan terus-terusan bermain dengan permainan membuka aib (aku buka aib kau).

Ini bukan cara menyelesaikan masalah. Kenapa saya berkahwin dengan Ira Kazar? Itu urusan saya, pilihan saya. Ini adalah ujian saya. Apa pun, saya dah memilih dia.

Ayuh berbincang

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof sekali lagi memohon kepada Puteri Sarah untuk memberi ruang bagi mereka duduk berbincang.

Sekali lagi, saya cakap kepada Puteri Sarah. Saya tahu nak berpisah, ayuh kita duduk berbincang. Bagaimana dengan anak-anak? Dengan nafkah. Jangan risau, saya cari rezeki selama ini untuk anak-anak dan keluarga saya.

Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia. Saya masih nak selamatkan walau buruk macam mana pun isteri saya tak kisah sama ada Puteri Sarah atau Ira. Dia isteri, dia tanggungjawab saya. Saya harus bimbing dia walaupun tidak sempurna.

Tapi malangya.. Saya masih mengharapkan lagi untuk berbincang macam mana.

Video

@ohbulanofficial Syamsul Yusof jelaskan kenapa dia perlu saman nusyuz Puteri Sarah. #ohbulan #fyp #sembangentertainment #sebab #syamsulyusof #saman #nusyuz #puterisarahliyana #pressconference ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×