berita

Jangan Buang Nasi Lebih, Ini Resepi Keropok Nasi Sedap & Berkhasiat. Anak-Anak Pasti Suka!

August 1st, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Bagi anak-anak yang susah untuk makan, kebanyakan daripada mereka memilih untuk menjadikan snek seperti keropok ikan sebagai makanan kudapan. Namun, kandungan garam dan MSG yang berlebihan dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kesihatan anak.

Jadi kepada ibu yang mahukan kelainan, apa kata korang cuba resipi keropok nasi yang dikongsi Puan Widyana Ali ini. Sangat sedap dan berkhasiat!

Jangan buang nasi lebih

Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni.

Sedap sangat dan juga berkhasiat .
Anak- anak suka makan.

Jom cuba resepi saya.

Resepi keropok nasi by Widyana Ali.

Bahan-bahan & cara masak

Sekadar gambar hiasan

Bahan:

Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih

Cara:

Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.

Blend nasi tadi hingga hancur, masukkan garam dan serbuk bawang putih.

Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.

Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.

Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.

Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.

Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur
di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.

Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.

Selamat mencuba.

Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.

Widyana Ali

•Healthy cooking • Parenting • Life transformation • Household management

Sumber : Widyana Ali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×