berita

Jangan Buat Tuduhan Tidak Berasas, Bekas Perenang Paralimpik Negara Mahu Hidup Berdikari – ‘Tak Malu Pun Jual Tisu’

January 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dan sebak selepas bertemu dengan bekas atlet paralimpik negara, Koh Lee Peng yang menjual tisu di sekitar Bukit Bintang.

Menerusi laporan Harian Metro, bekas perenang para negara itu memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa.

Jangan buat tuduhan tidak berasas

Pemenang tujuh pingat emas Sukan Para Asean (APG) itu meminta orang ramai dan netizen supaya mengelak membuat tuduhan tidak berasas tanpa mengetahui cerita sebenar, selain mengakui menerima bantuan daripada beberapa pihak sebelum ini.

Ada juga menerima tawaran menjadi jurulatih, tetapi saya tidak mahu kerana masa saya sudah berlalu. Saya bukannya terbiar atau tidak ada rumah sendiri, cuma tidak mahu menganggu adik-beradik kerana mereka pun sudah ada keluarga sendiri. Saya sudah biasa kerja kilang dan sebagainya, tidak mahu lagi bekerja dengan orang lain, macam mana kalau OKU (orang kurang upaya) sendiri tak faham kesusahan OKU. Saya memang nak buat perniagaan sendiri dan tidak malu dengan perniagaan ini.

Beliau turut berharap masyarakat tidak melayannya dengan kasar ketika melakukan perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai itu. Di samping itu, Koh Lee Peng memberi pesanan kepada semua pihak yang mengambil maklumat mengenai dirinya agar menunaikan janji untuk memberi bantuan yang sepatutnya.

Tak harap simpati

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker menjelaskan bahawa Lee Peng menjalankan perniagaannya di ibu negara sambil mengikuti rakannya ke kursus di sebuah syarikat penapis air selama tiga minggu.

Beliau ke sini bersama rakannya (yang dikenali sebagai Andrew) untuk mengikuti kursus dan perniagaan ini adalah kemahuan sendiri tanpa mengharapkan simpati daripada orang ramai. Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar (enterprise) yang cukup untuk membantu lapan lagi OKU di bawahnya. Jadi untuk mengatakan kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali. Kita juga ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi Yakeb, namun beliau memilih untuk berdikari sendiri.

Ujar Ti, Lee Peng berasa tidak gembira apabila kisahnya diviralkan. Malah, Lee Peng turut meluahkan rasa terhina dan berharap orang ramai menghormatinya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×