berita

‘Jangan Cemarkan Imej Saya!’ – Pemuda Kurang Upaya Kesal Dituduh Menipu Meniaga, ‘Otak Yahudi’

May 31st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sedih kami baca perkongsian ini apabila pemuda kurang upaya yang dikenali sebagai Amir Azam ini dihina oleh seorang pelanggan hanya gara-gara membeli daun palas.

Individu tersebut memberi komen biadap dan mendakwa Amir mengambil kesempatan dengan menjual harga daun palas mahal. Malah turut disokong oleh individu lain dengan menambah hinaan mengatakan Amir otak yahudi.

Otak tak OKU

JANGAN CEMARKAN IMEJ SAYA SEBAGAI SEORANG USAHAWAN ORANG KURANG UPAYA OKU

Assalamualaikum wbt

Dukacita Hari ini saya terbaca satu komen di posting perniagaan Saya daripada seorang customer yang membeli daun palas 4 kaki RM5 dengan nilai wang nya itu. Wahai hamba Allah insan berhati mulia saya ingin mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan anda yang membeli daun palas RM5 yang dijual oleh saya. Wahai hamba Allah yang dikasihi sesungguhnya saya meminta maaf sekiranya ini kesalahan dari saya

Dan sedikit pesanan ringkas ikhlas dari hati saya, ingatlah setiap kejadian itu datang nya dari percaturan Allah SWT kita hanya melakukan sesuatu perkara itu. Jangan menghina saya sebagai seorang OKU. Wahai hamba Allah yang dikasihi jangan kamu menghina aku sedemikian rupa, jika anda tidak berpuas hati tolonglah berjumpa dan berdepan dengan saya sekiranya anda ingin membuat tuntutan ganti rugi dalam bentuk apajua sekali pun (call 0195659026)

Pemuda kurang upaya ini meluahkan rasa kesal apabila dihina seorang individu di ruangan komen dengan memaklumkan bahawa dia berniaga ambil kesempatan. Lebih kesal apabila lelaki tersebut dengan tanpa bersalah menghina pemuda kurang upaya ini dengan mengatakan otaknya tidak OKU.

Jangan hina saya

Sekiranya anda tidak tuntut hak ini selama 40 hari saya akan  sedekahkan wang nilai tersebut di Masjid agar anda dapat kutip pahala ini di akhirat kelak. Perlu diingat wahai hamba Allah yang sempurna.. tidak ada nilai sedikit pun wang ringgit yang anda berikan diatas Muakad (Pembelian) barangan jualan saya kepada anda jika nak dibandingkan dengan hinaan yang dilontarkan terhadap saya. Alhamdulillah syukur kepada Allah Aku masih berusaha dengan kudrat dan nikmat kehidupan yang diberikan Allah dan aku bukan lah seorang peminta sedekah yang suka meminta minta sesama manusia, lebih baik Aku memohon limpahan rezeki dari Allah SWT. Jangan kamu selalu merasa selesa kerana setiap manusia akan diuji dari setiap kehidupan seharian hingga kembali nya kita kepada sang pencipta

KONSEP DAN KEFAHAMAN MENGENAI DAUN PALAS

Kehidupan alam semesta adalah ciptaan Allah SWT maha ketahuilah bahawa sukar untuk mendapatkan kesempurnaan dalam seluruh bentuk apajua. Pernahkah anda terfikir bagaimana cara orang-orang yang mendapat hasil dan menjual kepada anda? Adakah anda telah merasai pengalaman masuk ke hutan mencari daun palas ini, juga bertarung nyawa untuk mendapatkan daun palas ini kekadang berjumpa dengan ular dan haiwan berbisa dan meredah hutan semak dalam mendapatkan daun palas ini lagi besarkah nilai wang ringgit yang anda keluarkan???

Sumber : Amir Azam

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×