Mendidik anak-anak yang kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi setiap anak mempunyai ragam mereka tersendiri. Ditambah pula dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun, anak-anak mudah terdedah kepada ‘dunia luar’ yang memberikan mereka pelbagai akses kepada pelajaran, sosial, hiburan, permainan dan pelbagai lagi.
Jika tidak dikawal, anak-anak mungkin akan terjerumus kepada perkara yang tidak diingini. Justeru, ibu bapa wajar memainkan peranan dalam memantau aktiviti anak-anak menerusi penggunaan gajet di tangan mereka.
‘Malas’ musuh terbesar
Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk memantau aktiviti anak-anak. Hasilnya anak terjerumus melakukan aktiviti tidak berfaedah yang mungkin merosakkan diri mereka. Malah ada juga ibu bapa yang mengambil sambil lewa terhadap perkembangan anak-anak. Bagi mereka, anak-anak sudah cukup matang untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan namun secara tidak langsung sudah terjebak dengan perkara negatif.
Jadi, musuh terbesar dalam mendidik anak-anak bukanlah internet, televisyen dan gajet semata-mata tapi sifat malas untuk ambil tahu dan memantau aktiviti anak itu sendiri punca kepada segala permasalahan. Konteks ‘malas’ ini sangat luas, bukan sahaja malas memantau aktiviti anak, ada antara ibu bapa yang malas meluangkan masa dengan anak-anak pada masa lapang. Walaupun berada di rumah, ibu bapa lebih mementingkan gajet seperti telefon bimbit tanpa menghiraukan pelawaan anak-anak untuk bermain atau beriadah bersama. Hasilnya anak memilih untuk menghabiskan masa melakukan pelbagai perkara menggunakan telefon bimbit .
Bukan itu sahaja, ada juga yang ‘malas’ memberi tauladan tentang ketaatan kepada Allah dan Rasul, tapi berharap anak menjadi orang-orang yang soleh. Malas mengajar Al-Quran dan Sunnah, tapi berharap anak meningkat dewasa dengan mencintai agamanya juga merupakan salah satu musuh terbesar dalam mendidik anak-anak.
Aplikasi Waktu Solat Malaysia
Menurut Syeikh Soleh Al Fauzan, mendidik anak-anak diatas ketaatan kepada Allah merupakan jihad fisabilillah. Musuh terbesar dalam mendidik anak-anak ternyata ada pada diri kita sendiri sebagai orang dewasa. Sebagai ibu bapa, mereka perlu menghidupkan jiwa Al-Quran dalam diri anak-anak.
Menurut Saidina Uthman bin Affan pula, Al-Quran dapat melembutkan hati yang keras, menyedarkan manusia akan fitrahnya, mencerahkan hati dan fikiran manusia serta membawanya kepada kebenaran hakiki.
Hiduplah bersama al-Quran, nescaya hidup kamu akan selamat.
Jadi, ibu bapa boleh menyarankan anak-anak untuk memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di telefon bimbit supaya mereka boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan dan panduan ilmu yang terdapat di dalam aplikasi itu. Aplikasi ini disediakan secara percuma, dibangunkan 100% dalam bahasa melayu dan sesuai untuk semua golongan umur. Selain memberitahu tentang waktu solat tempatan, aplikasi ini juga mengandungi surah Al-Quran dan terjemahan, panduan doa, panduan solat sunat, wirid & zikir dan banyak lagi.