Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Sebarang masalah dan salah faham yang dihadapi hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik. Pendek kata komunikasi adalah kunci utama kebahagiaan rumahtangga. Janganlah pula pasangan cuba lari dari masalah dengan mencari keseronokan di luar rumah.
Seperti perkongsian berguna daripada isteri pelakon Adam Corrie Lee ini, dia menasihatkan wanita agar tidak mudah jatuh hati apabila diusik lelaki. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui si lelaki sudah berpunya. Kepada lelaki pula, jangan sesuka hati test market kerana hati wanita sangat mudah tersentuh dengan pujian.
Jangan cepat jatuh hati
Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di instagram dia.
Dia kata ; “Percaya atau tidak, wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya. Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya.Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu memang fitrah lelaki suka melihat wanita. Sebab itu kat akhirat, lelaki yang baik akan dapat bidadari. Manakala wanita akan dapat emas iaitu perkara bersifat kebendàan.
Jadi kita sebagai wanita jangan cepat perasan, apabila ada orang lelaki senyum, cakap manja-manja dengan kita. Jangan cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
Dan kepada lelaki, jangan main-mainkan wanita jika tiada niat yang betul. Jangan cuba suka suka nak test market. Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya. Pesanan untuk semua tak kisah lah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku, anak lelaki ku @adamfatehlee juga. Dan juga suami ku.
#adamcorrie
P/s: Pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita .. tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal. Dan ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. Redha je la
‘Jangan mudah untuk manja’
Sumber : Adam Corrie Lee