Pengacara dan pelakon Neelofa mengingatkan orang ramai untuk tidak sesuka hati mencium bayi orang lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Demi kesihatan
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Neelofa, 33, menegaskan peringatan itu harus dipraktikkan demi melindungi anak kecil tersebut daripada diserang penyakit merbahaya.
Pegang pipi Bilal
Sebagai ibu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, tidak menafikan pernah berdepan pengalaman ‘lemas perut.’
Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail ini mengakui berasa risau apabila melihat orang luar menyentuh anak lelakinya, Muhammad Bilal.
Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot.
Sekadar info, penyakit RSV adalah virus yang biasanya menjangkiti paru-paru dan saluran pernafasan.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Sumber: Instagram @neelofa