Sejak kebelakangan ini, memang hangat diperkatakan mengenai kejadian yang menimpa jemaah haji di tanah suci.
Namun, keadaan menjadi lebih tegang apabila Saiful Nang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang meragukan dan seolah-olah memburukkan tanah suci tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan bahawa terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram itu, dikecam oleh beberapa pihak dan juga orang ramai.
Semalam seorang lelaki warga Malaysia yang sudah lama menetap di Arab Saudi ini membalas semula kata-kata beliau.
Bagaimanapun, sebelum memuat naik status tersebut, difahamkan lelaki ini sudah berhubung dengan Saiful Nang bagi mendapatkan penjelasan terakhir sebelum memberi sebarang kenyataan atas status beliau.
Dalam kenyataan itu, lelaki yang lebih dikenali sebagai Mohd Danial Madani ini ada menujukan beberapa persoalan kepada Saiful Nang, dan ini responnya
Sejurus selepas dia bertanya sendiri kepada Saiful, ada beberapa lagi persoalan ditujukan atas dan membalas semula tindakannya itu.
Namun begitu, status tersebut telah dipadam oleh Saiful Nang sendiri kerana menerima maklum balas yang tidak disenangi oleh orang ramai.
Sumber : Facebook Saiful Nang, Mohd Danial Madani