berita

‘Jangan Derhaka Kahwin Senyap-Senyap, Nanti Satu Sen Harta Tak Dapat’ – A Aida Nasihat Anak Perempuan

February 9th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

A Aida

Nasihat yang dititipkan pengarah dan penerbit, Datuk A Aida kepada anaknya iaitu Wan Azevanatassha, 23, telah menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ni Kita Tak Pilih Rupa Paras, Janji Boleh Berlakon’ – A. Aida

Artikel Berkaitan: Rayuan Amelia Henderson Berjaya, Tak Perlu Bayar RM200k Kepada Syarikat Produksi A.Aida

‘Jangan derhaka’

A Aida

Menerusi perkongsian di Instagram, Aida mendoakan Azevanatassha atau mesra dengan sapaan Tasha dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik.

Namun tegas Aida, anaknya itu perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Moga jumpa jodoh yang baik mata biru, tapi nak kahwin mesti dapat restu dulu.

Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat.

Sementara itu, di ruangan kapsyen, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, mendoakan anaknya berjaya hingga ke puncak menara gading.

Tak terucap penat lelah dan susah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.

Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya anakku.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×