berita

[VIDEO] ‘Kali Ni Kita Tak Pilih Rupa Paras, Janji Boleh Berlakon’ – A. Aida

August 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

A. Aida Nak Cari Pelakon

Penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida mengumumkan bakal mengadakan ujibakat mencari pelakon baharu bagi syarikatnya, A. Aida Productions.

Artikel Berkaitan: Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k

Tak pilih paras rupa

@dato.a.aida 9 ogos 2023#aaidaproduction #aaida ? original sound – a.aida

Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh penerbit drama ‘Dia Menantu Rahsia’ menerusi laman TikToknya.

Apa yang mencuri tumpuan ialah, A. Aida memaklumkan bahawa rupa paras yang cantik ataupun badan yang ‘sado’ tidak menjamin seseorang itu akan terpilih atau pun tidak.

Menurutnya, pemilihan kali ini akan berdasarkan gaya serta bakat lakonan yang ada pada seseorang itu.

Siapa nak jadi pelakon, datang ke A. Aida Production okay?

Kali ini kita tak pilih rupa paras, badan, semua tak kisah. Semua kita terima.

Respon netizen

A. Aida Nak Cari Pelakon

A. Aida Nak Cari Pelakon

A. Aida Nak Cari Pelakon

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan minat mereka untuk menjadi salah seorang pelakon di bawah naungan A. Aida Production.

Terdahulu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang pernah mencetuskan kontroversi apabila memaklumkan dia lebih mengutamakan pelakon lelaki yang kacak, ‘sado’ serta muda untuk menjayakan watak utama atau hero dalam drama terbitan syarikatnya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×