Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi momen dirinya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah.
Difahamkan, Janna bakal menjalani penggambaran bagi sebuah drama di sana.
Artikel Berkaitan: Alami Masalah Radang Usus, Janna Nick Masuk Hospital
‘Jangan gatal-gatal’
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner hadir ke KLIA sambil ditemani suami tercintanya, Dini Schatzmann.
Apa yang menghiburkan ialah Janna sempat berseloroh dengan memberikan amaran kepada suaminya itu sepanjang ketiadaannya di Malaysia.
Ucapan selamat tinggal yang sangat berat bagi saya, jaga diri Dini.
Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama.
Sementara itu, Janna dilihat tidak dapat menahan sebak ketika melambai Dini buat kali terakhir selepas selesai melakukan proses ‘check in’.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan artis mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji kecantikan Janna yang mengenakan jubah dan juga tudung.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram