Pasangan merpati dua sejoli, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa akhirnya selamat disatukan selepas kira-kira lapan tahun berkawan. Seperti yang umum sedia maklum, mereka sebelum ini merupakan sahabat baik dan Nadzmi sendiri sudah beberapa kali direject.
Namun di sebalik kegembiraan tersebut, pasangan pengantin baru ini menerima kecaman gara-gara Ardell dilihat terlalu malu dan menggigil ketika sesi membatalkan air sembahyang. Nadzmi sebagai suami menjawab kecaman tersebut, ini responnya.
Isteri dalam proses pemulihan
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua terima kasih atas doa semua tak terbalas saya. Ada sedikit yang ingin saya kata kan. Sebelum ini telah tular video yang mana saya sedang menyarungkan cincin kepada isteri saya dan isteri saya menggeletar tangannya dan hampir sesak nafas.
Untuk pengetahuan semua isteri saya mengidap anxiety serta depresion yang agak teruk sebelum ni. Dan masih lagi dalam proses treatment/pemulihan. Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi, apabila terlalu ramai dihadapan nya isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack.
Jangan hina isteri saya
Yang boleh mengakibatkan black out, pitam, sesak nafas. Sejujurnya selama kami berkawan kami banyak berjumpa kerana kami buat kerja yang sama dalam tailoring & design. Perasaan berkawan dan perasaan bergelar suami isteri itu jauh beza nya, dan saya pasti detik itu detik yang terlalu berbeza setelah akad dilafaz. Pada hari pernikahan kami berdua memang sangat awkward di hadapan orang ramai untuk sesi batal air sembahyang. Gugup berhadapan orang ramai.
Semua perasaan lega, takut, gembira dan sedih bergabung yang menyebabkan kami menggigil untuk masuk ke fasa baru dalam hidup kami, dan keadaan pada waktu itu seperti semuanya berubah. Kami tidak mampu menghentikan kata-kata negative dari setengah nitizen, tapi saya berharap tolong doakan yang baik-baik dan jangan timbulkan spekulasi sekiranya tidak tahu apa apa atau tidak berada di majlis kami . Sedaya upaya saya dan family kami cuba naikkan semangat isteri saya sehingga kami berjaya tempuh pelbagai dugaan hingga ke detik bahagia ini.
Kami bukan manusia sempurna, kami cuma manusia biasa yang ada hati. Sebagai seorang suami, tolong jaga hati isteri saya dan jangan gelar isteri saya minah gigil, perempuan parkinson, perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya dan isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya. Saya mohon jaga lah hati kami suami isteri, family mertua saya dan family saya. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang dari Allah SWT. Terima kasih untuk doa yang baik-baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya. #adhwardell
Sumber : Nadzmi Adhwa