berita

‘Jangan Hentam Emma. Kami Yang Lalu Benda Ini.. Yang Rasa Pun Kami’- Kamal Adli

November 1st, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Minggu lepas hangat di sosial media apabila Emma Maembong mengesahkan bahawa dia dan Kamal Adli sudah tidak mempunyai hubungan cinta. Tambah lagi teruk apabila seorang lagi aktres jelita, Zahirah Macwilson memuat naik perbualan whatsapp antara dia dan Kamal di Instagram.

Sejak dari isu itu, Kamal tidak memberi sebarang komen. Tetapi beberapa hari lepas, Emma telah memuat naik fotonya bersama Kamal selepas memenangi Super Spontan Superstar 2017. Dihujani pelbagai reaksi dari netizen, ini respon Kamal.

Ini respon Kamal Adli

Beberapa hari lepas Emma Maembong telah memuat naik foto bersama Kamal Adli di Instagram. Mereka meraikan kejayaan bersama selepas Kamal jadi juara Super Spontan Superstar 2017. Foto itu telah mendapat pelbagai komen dari followers Emma. Ada beri komen positif, ada juga yang menghentam.

Tak lama kemudian, Kamal Adli pula meninggalkan mesej di ruangan komen Instagram Emma Maembong.

Tak elok hentam kalau tak tahu kejadian sebenar

Betul lah kata Kamal Adli tu, benda personal ni hanya dia dan Emma Maembong sahaja yang tahu. Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya. Mana lah tahu lepas ni hubungan Kamal dan Emma akan lebih bahagia?

Sumber: Instagram Emma Maembong

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×