berita

‘Jangan Hilang Sifat Jadi Manusia’ – Pekerja Dilayan Seperti ‘Haiwan Ternakan’, Syed Saddiq Luah Rasa Kesal

December 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerintahkan sebuah kilang sarung tangan di Kajang ditutup selama tujuh hari kerana gagal mematuhi langkah pencegahan wabak Covid-19. Pada masa yang sama, pelbagai agensi penguat kuasa telah melakukan serbuan terhadap dua blok kontena setinggi tiga tingkat di bahagian belakang kilang tersebut.

Hasil serbuan mendapati, seramai 781 pekerja warga asing dipercayai tinggal di blok kontena tersebut. Di Facebook, Syed Saddiq meluahkan pandangannya berhubung nasib pekerja asing yang terpaksa berhimpit dan tinggal dalam kontena yang kecil, sempit dan sesak.

Pekerja dilayan dengan zalim

Foto kredit: The Malaysian Insight (Nazir Sufari)

Tidak ada seorang pun yang lahirnya mahu dilayan seperti haiwan ternakan. Tapi itulah yang berlaku di kilang yang diserbu pihak berkuasa semalam. Bayangkan, lebih 781 orang pekerja berhimpit tinggal dalam kontena kecil, sempit dan sesak. Mereka ini adalah pekerja untuk kilang sarung tangan getah yang melawan wabak pandemik. Tetapi, pekerja dilayan dengan zalim. Ramai pekerja ini pekerja asing. Tapi, janganlah hilang sifat menjadi manusia itu hanya kerana mereka asalnya bukan dari Malaysia. Mungkin juga ada ramai yang tidak ada permit yang sah.

Jadi, kenapa ada majikan yang tidak bawa mereka ke pihak berkuasa? Janganlah campak mereka ke asrama kilang untuk hidup dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Jangan buat zalim dengan pekerja asing. Jangan buat zalim dengan pekerja tempatan. Jangan buat zalim dengan manusia yang susah dan lapar. Saya hargai usaha Menteri Sumber Manusia YB M Saravanan yang serbu kilang di Kajang ini. Kenakan tindakan yang tegas kepada majikan zalim sebegini.

Menurut Syed Saddiq, tiada seorang manusia di dunia ini mahu dilayan seperti haiwan. Namun begitu, beliau dipercayai terkejut sebaik sahaja mengetahui lebih 781 orang pekerja asing terpaksa tinggal berhimpit di dalam kontena yang kecil. Tambah beliau, pekerja tersebut dilayan dengan zalim.

Syed Saddiq turut berharap semua majikan, mempunyai sifat berperikemanusiaan terhadap para pekerja dan tidak kira dari mana mereka datang. Di akhir posting, beliau memuji usaha Menteri Sumber Manusia iaitu Datuk Seri M. Saravanan dalam menangani isu tersebut.

Tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan

Foto kredit: The Malaysian Insight (Nazir Sufari)

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang gagal mematuhi spesifikasi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Beliau juga telah memberi amaran kepada semua majikan supaya membela nasib pekerja dengan menyediakan tempat penginapan yang selesa dan mengikut kapasiti yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika permohonan penginapan adalah untuk 100 pekerja, maka hanya 100 orang yang dibenarkan tinggal di situ.

Sumber: Syed Saddiq & Bernama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×