Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlien menyelar sikap sesetengah pihak menganggap dirinya sebagai pencabar dalam industri seni lebih lebih lagi selepas memenangi Anugerah Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Ke-35 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Hetty Koes Endang Minta Elly Mazlein Suaikan Diri Dengan Rakan Hos – ‘Bila Masuk Rumah Orang, Ikut Cara Mereka’
‘Saya nak cari rezeki’
Ketika ditemui OhBulan! ketika pelancaran lagu Sayap, Elly Mazlien atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata, apa yang dilakukannya selama ini adalah atas dasar tanggungjawab kerja dan dia tiada niat langsung untuk membuatkan pihak lain tercabar.
Sebab tu kita jangan ‘shaking’, jangan ilusi seorang diri. Kita ni kawan-kawan, benda boleh bincang. Sebab tu kita ada skrip reading. Jangan syok sendiri. Tak perlu rasa tercabar pun macam saya nak lebih ke apa.
Kena ingat bahawa program itu dimiliki oleh syarikat dan kita ada kerja yang patut dibuat dengan sebaik mungkin.
Tambah pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia melangkah ke industri seni adalah untuk mencari rezeki dan bukannya hadir sebagai pencabar. Oleh itu, Elly lebih memilih untuk bekerja dengan ikhlas dan tenang tanpa melibatkan sebarang pergaduhan.
Saya hadir dalam industri bukan sebagai pencabar, saya nak cari rezeki. Kita sama-sama cari rezeki. Saya sentiasa percaya dengan rezeki. Tak kuasa nak bergaduh. Malu tahu tak, kita sesama Islam bergaduh pasal rezeki.
Saya hadir dalam industri bukan sebagai pencabar, saya nak cari rezeki.
Sekadar info, Elly baru sahaja melancarkan lagu berentak belada berjudul yang dihasilkan tiga komposer hebat iaitu Naim Daniel, Omar K dan Iqie Hugh.