
Usahawan El Azman, memberikan pandangannya mengenai peranan ibu bapa terhadap anak-anak selepas berlaku perceraian dengan pasangan.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Ada Yang DM Bandingkan Cara Saya & Bekas Isteri Jaga Anak?’ – El Azman
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Bagi Anak-Anak Pada Saya Untuk Beraya Di Kelantan’ – El Azman
Demi anak-anak

Menerusi perkongsian di Threads, El atau nama lengkapnya, Mohd Hilmi Che Azman, 38, menasihati kepada pasangan suami isteri yang bercerai supaya tidak menjadikan anak mereka sebagai mangsa konflik rumah tangga.
Cuma bagi saya, dalam rumah tangga, kalau sampai satu tahap kita memang dah tak mampu hidup bersama, jangan jadikan anak-anak tempat kita meletakkan luka dan ego orang dewasa.
Kita mungkin sudah tak lagi menjadi suami isteri, tapi sampai bila-bila kita tetap ibu dan ayah kepada anak-anak.
Menurut El, anak-anak tidak sepatutnya menelan ego ibu bapa mereka yang telah memilih jalan perceraian.
Mereka masih kecil. Perjalanan hidup mereka masih terlalu panjang.
Jangan kerana hubungan kita yang sudah berakhir, hati dan masa depan mereka pula yang terpaksa menanggung kesannya.
Tambah El, meskipun berlaku perceraian, ibu bapa seharusnya membesarkan anak-anak dalam suasana sihat dan harmoni.
Kadang-kadang berpisah dengan baik itu lebih matang daripada terus bersama tetapi setiap hari saling menyakiti.
Apa pun yang berlaku antara mak dan ayah, biarlah anak-anak tetap membesar dengan rasa bahawa mereka masih disayangi oleh kedua-duanya.
Untuk rekod, El mendirikan rumah tangga bersama usahawan Nur Amirah pada 2014 namun ikatan itu berakhir dengan perceraian pada tahun 2021.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Sumber: Threads








