Semalam kecoh di media sosial kontroversi rumah tangga Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi yang merupakan peserta program Pencetus Ummah (PU). Bekas isterinya, Ain Afini mendakwa diceraikan selepas suaminya memilih untuk bernikah dengan seorang janda.
Isu ini menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya berang dengan status PU yang dibawa. Tidak tahan menerima kecaman, PU Amin tampil meminta orang ramai tidak membabitkan peserta program itu yang lain.
Status sudah dipadam
Walau bagaimanapun, bekas isteri PU Abu memadam status berkenaan di laman Instagram miliknya sejurus menerima pelbagai respon negatif yang membabitkan keluarga bekas suaminyanya itu.
Dia turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap keluarga mertuanya dan memohon maaf atas keterlajurannya dalam meluahkan perasaan.
Respon PU Amin
Isu itu turut mendapat perhatian beberapa peserta lain memandangkan ramai yang mula mempersoalkan kredibiliti seorang Pencetus Ummah. PU Amin meminta agar orang ramai hentikan membabitkan nama ustaz atau PU lain dalam isu ini.
Respon netizen
Sumber : PU Amin