Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua individu dilihat menconteng lukisan mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan. Potret tersebut dilukis untuk menghargai jasa wira-wira negara.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakaman CCTV Tunjuk Dua Wanita Conteng Mural Agong, Pemimpin Negara
Peguam, Nor Zabetha tidak bersetuju sekiranya suspek dikenakan hukuman di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005. Sebaliknya, hukuman paling sesuai mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Bukan main samseng lagi
Rakaman video CCTV, video perbuatan vandalisme terhadap lukisan mural bagi menghargai pemimpin negara yang komited menangani wabak Covid-19 telah dikeluarkan. Kalau ikut susuk tubuh seperti wanita. Bukan main samseng lagi. Saya tidak setuju jika dia hanya dikenakan Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 seperti yang dilaporkan oleh MBSA dalam laporan Harian Metro hari ini.
Alang-alang pelaku hendak tunjuk samseng, seeloknya dihukum dengan hukum lebih samseng lagi. Paling sesuai dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda bernilai lebih RM25 ke atas.
Supaya jadi pengajaran
Hukumannya adalah penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Elok bagi dua-dua sekali, penjara dan denda, supaya jadi pengajaran bagi kaki vandalisme di luar sana, lain kali jangan gatal tangan. Macam orang tak ada tamadun. Kalau rumah saya, orang datang spray cat dihadapan menulis perkataan mencarut begitu pun saya sakit hati.
Hendak menghasilkan mural tersebut bukan seringgit dua. Kos warna, masa, upah pelukis mengikut jam. Maka nilainya pasti lebih RM25.00. Merosak lukisan begitukan perbuatan khianat.
Kan sudah sesuai dengan elemen di bawah Seksyen 427? Kalau disabitkan kesalahan di bawah Undang-undang kecil, berapa sangatlah hukumannya. Selalunya seribu dua sahaja. Bila hendak belajar? Jangan kasi muka.
Hukuman penjara sekurangnya 1 tahun
Menerangkan secara lebih jelas, peguam ini memberikan hujah mengapa hukuman bagi seksyen ini lebih berat. Tertuduh juga akan terlepas daripada disabitkan bersalah sekiranya pendakwaraya gagal membuktikan elemen jenayah.
Turut menghina YDPA & pemimpin
Penconteng mural gergasi bukan sahaja merosakkan harta benda malah membuat provokasi dengan menghina Yang di-Pertuan Agong. Bagi kesalahan itu, pesalah boleh didakwa mengikut akta-akta khusus.
Sumber : Nor Zabetha