berita

‘Jangan Kecewa Anak Dapat Result SPM Teruk’- Pesanan Lelaki Ini Buat Ibu Bapa Di luar Sana

March 3rd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-03 at 3.30.50 PM

Hari ni merupakan hari ditunggu buat remaja yang ambil SPM beberapa bulan lepas. Ada yang cuak, ada yang tak sabar dan ada juga yang redha je. Takpe lah, janji dah buat yang terbaik yang selebihnya serahkan la segalanya kepada Allah S.W.T.

Bila dah dapat keputusan, ada yang melompat gembira dan ada yang muka masam sebab keputusan tak memberangsangkan. Kisah ni dikongsi oleh seorang bapa kepada anaknya yang ambil keputusan SPM. Seorang kawan kepada anaknya takut dimarahi oleh ibu bapanya kerana dapat keputusan baginya ‘teruk’.

Teman anak ambil result SPM, lepas tu..

Screen Shot 2016-03-03 at 3.10.45 PM

Seorang bapa menemani anaknya untuk ambil keputusan SPM. Ada ibu bapa yang turut hadir dan ada juga yang tidak. Ketika lelaki ni berjalan keluar dari kawasan sekolah, salah seorang rakan anaknya tegur. Mereka bersalaman dan seterusnya tanya mengenai keputusan SPM.

‘4A’, dia membalas dengan muka yang gelisah

‘Hey… Tahniah. Dan call ibu bapa untuk bagitahu berita gembira ni? sambil lelaki ni mengeluarkan handphone dalam poket.

‘Tidak mengapa uncle. Saya ada handphone’ katanya dengan muka masih gelisah.

‘Jangan risau, ibu bapa anda pasti bangga’

Screen Shot 2016-03-03 at 3.11.03 PM

Lalu lelaki ini memberitahu ‘Hey, jangan risau. Ibu bapa pasti bangga walau macam mana keputusan pun. Percaya lah.’

Budak tu mengangguk bersama sedikit senyuman.

Bagi ibu bapa, anak-anak anda dah lakukan sehabis baik. Ada antara mereka yang takut untuk memberitahu sebab tak nak ibu bapa mereka kecewa. Buang ego jauh-jauh dan terima apa sahaja keputusan yang anak mereka peroleh.

Perjalanan masih panjang.. Pandang ke hadapan!

Screen Shot 2016-03-03 at 3.11.15 PM

Anak anda mungkin tak dapat buat anda bangga hari ni. Tapi jangan letak beban yang berat untuk anak. Perjalanan mereka masih lagi panjang. Apa yang ibu bapa harus lakukan ialah terus menyokong dan beri kasih sayang yang sepatutnya mereka terima.

Dan jika anak anda balik dengan slip keputusan yang tidak bagus, pergi peluk mereka dan beritahu ‘Ibu/Ayah sayang awak walau apa pun terjadi’.

Sumber: Facebook Asrul Muzaffar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×