Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (REV) dengan sukacitanya mengumumkan kembalinya acara tahunan yang dinanti-nantikan, Exploding Content.
Artikel Berkaitan: ‘Projek Mangkuk Tingkat’ Myresipi, Memperkasakan Pemakanan Sihat, Kelestarian & Komuniti
Artikel Berkaitan: Projek Mimpi Anjuran Sirap Limau Tawar Wang Tunai RM5,000 Untuk Pemenang!
Exploding content kembali!
Menariknya edisi tahun ini menjanjikan perubahan besar, dengan fokus pada tema ‘Jangan Kejar Pelanggan, Kejar Peminat’, menukar audiens menjadi peminat jangka panjang dengan kandungan.
Exploding Content 2024 akan diadakan di Sri Pentas, Damansara Utama pada 3 hingga 6 September. Acara ini akan dipecahkan kepada beberapa sesi setiap hari, mengikut kesesuaian jadual para hadirin yang bakal hadir bermula 10.30 pagi dan 2.30 petang.
Sejak tahun 2017, Exploding Content dilaksanakan setiap tahun di mana ‘hatinya’ terletak pada komitmen untuk berkongsi pandangan berharga, kajian kes dan hasil pembelajaran daripada kejayaan kempen sebelum ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara tahunan ini bertujuan untuk melengkapkan hadirin dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka.
Dengan penekanan pada pemikiran berorientasikan pengguna, acara ini akan mendedahkan pakej baru yang menarik yang direka untuk memberi kuasa kepada jenama, perniagaan dan usahawan.
Exploding Content 2024 disesuaikan untuk memenuhi pelbagai individu, termasuk pemilik perniagaan, pemasar berorientasikan digital, dan perancang.
Bantu stratergi
Dengan memberikan pandangan yang boleh dilaksanakan dan strategi praktikal, tujuan acara ini adalah untuk merapatkan jurang antara segmen audiens yang berbeza dan pencipta kandungan serta yang terakhir membolehkan mereka menerapkan pembelajaran untuk meningkatkan kempen mereka sendiri dengan segara.
Di tengah-tengah kempen tahun ini adanya satu konsep yang kuat ‘Jangan Kejar Pelanggan, Kejar Peminat’. Menukar audiens menjadi peminat jangka panjang dengan kandungan.
REV mengiktiraf perubahan paradigma ke arah penciptaan kandungan yang berpusatkan komuniti. Hasilnya, Exploding Content 2024 didedikasikan untuk menerokai impak besar adaptasi daripada perspektif pengguna.
REV berbesar hati mengundang pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, professional media dan semua yang berminat untuk terus berada di hadapan dalam dunia penciptaan kandungan dan menandakan kalendar mereka untuk Exploding Content 2024.
Acara empat hari ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah cara kandungan dikonseptualisasikan dan disampaikan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda. Daftar untuk Exploding Content 2024 hari ini dengan teka di sini. Jumpa anda nanti!