berita

‘Jangan Keruhkan Keadaan’ – Pengurus Nafi Zamani Tarik Diri Gegar Vaganza

October 29th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Terdahulu, bekas pengurus Zamani, Johan Aziz ada mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi itu akan menarik diri dari program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan berada di atas pentas.

Walau bagaimanapun, Aalan Ahmad selaku pengurus terkini Zamani menafikan kenyataan Johan Aziz itu dan berharap agar beliau tidak keruhkan keadaan.

Zamani seorang yang jujur

Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani. Zamani seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik. Umpama masuk tempat orang, jadi kita hormati tuan rumah.

Johan tidak perlu keluar apa-apa kenyataan dan jangan keruhkan keadaan. Kejadian ini baru semalam berlaku, tak mungkin Zamani akan tarik diri sebelum berbincang dengan saya. Dia tak kan membelakangkan saya.

Menurut Aalan, dari awal lagi Johan sebenarnya bukan pengurus Zamani dan hanya menguruskan Slam sebelum ini. Malahan, Zamani masih belum lagi berbincang mengenai ini dengannya.

Kami akan pulangkan imuniti

Memang Datuk Alif Syukri ada menawarkan imuniti tapi kami masih belum membuat keputusan untuk terima atau tidak imuniti ini. Semuanya bergantung pada kesihatan Zamani, jika ada kemungkinan Zamani masih tidak boleh menyanyi kami akan pulangkan imuniti itu kerana ia tidak adil untuk peserta lain.

Zamani tidak putus-putus meminta maaf, katanya tidak ada rezeki untuk dia di sini lagi. Dia juga menangis kerana telah menghampakan peminatnya.

Keputusan yang dibuat Zamani undang kesesi yang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara malam tadi.

Situasi itu menyebabkan beliau tidak diberikan sebarangan markah oleh juri dan menyebabkan dia tersingkir dalam minggu kelima ini. Namun, dia diselamatkan oleh Datuk Alif Syukri sebagai penaja yang menggunakan imunitinya menyelamatkan Zamani.

Sumber : HETV

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×