berita

Jangan Kongsi Kisah Pesakit Kanser Yang Tewas, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’

September 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Elyana sudah dimasukkan ke sebuah hospital di sekitar Selangor, bagi menjalani rawatan kimoterapi.

Artikel berkaitan: ‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana

Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Best Kalau Tak Ada Awak, Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu’ – Elyana

Artikel berkaitan: ‘Hidup Saya Penuh Dengan Ujian, Biar Saya Seorang Yang Simpan’ – Elyana

Artikel berkaitan: Berat Badan Dah Naik 7Kg, Elyana Luah Rasa Syukur & Terima Kasih Kepada Peminat Yang Rajin Hantar Makanan

Terbaru, pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini merayu kepada orang ramai agar tidak menceritakan pengalaman kenalan rapat mahupun keluarga mereka yang tewas kerana kanser.

Saya sedang bertarung

Pada saat saya sedang menjalani rawatan chemotherapy. Saya merayu sangat-sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan. Saya faham niat baik anda,  tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakut-nakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan.

Di Instagram, Elyana memohon kepada semua pihak agar berhenti menceritakan pengalaman yang menakutkan terutama melibatkan pesakit kanser. Ujar Elyana, dia sedang bertarung dengan mental dan fizikalnya sendiri pada waktu ini. Oleh itu, dia tidak mahu kisah-kisah tersebut membuatkan emosinya terjejas.

Mungkin yang ketiga baru dapat tahu

Dalam perkembangan lain, Elyana bersyukur sesi kimoterapi yang pertama sudah berjalan dengan baik. Jelas Elyana, doktor tidak boleh nampak atau bercakap mengenai sebarang perkembangan selepas sesi pertama dan kedua kimoterapi. Namun, sesi ketiga dan seterusnya barulah mereka akan mengetahui mengenai perkembangan dan kesan daripada sesi kimoterapi yang sudah dilakukan itu.

Elyana turut memohon doa daripada semua pihak agar dia mampu melawan penyakit kanser ini. Pada masa yang sama, dia mahu pulang ke rumah dengan segera untuk bersama anak-anaknya. Terdahulu, Elyana mengambil keputusan untuk masuk ke hospital selepas lebih daripada sebulan menahan sakit dan tidak boleh tidur seperti individu yang lain.

Sumber: Elyana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×