Buat pertama kalinya, JobStreet Malaysia bakal mengadakan SEEKscapes event Mac ini! SEEKscapes yang berlangsung selama dua hari ini akan memberi peluang kepada sesiapa yang hadir untuk menerokai matlamat kerjaya yang paling ideal untuk diri mereka sambil mendapatkan nasihat untuk arah tuju kerjaya yang diminati.
Bukan sahaja kareer tapi dekat event ni juga korang boleh belajar untuk level-up diri korang dan mungkin dengan mendengar kepada nasihat dan panduan yang berinspirasi daripada pakar-pakar industri ini, korang boleh juga temui potensi diri korang yang sebenar!
Jom tengok apa lagi yang ada di SEEKscapes tu nanti!
SEEKscapes akan berlangsung selama 2 hari! Menampilkan beberapa influencer di Malaysia untuk berkongsi cerita & pengalaman!
Antara influencer Malaysia yang akan membuat penampilan di event ini ialah Dr.Jason Leong!
Korang mesti pernah tonton rancangan beliau di Netflix kan? Bukan sekali tapi dua kali ditampilkan di Netflix! Fuh, power!
Paling best, speaker-speaker yang dijemput juga terdiri dari CEO atau Founder syarikat-syarikat di Malaysia ni!
Fuh, bukan senang nak dapat para CEO ni berkumpul di satu tempat kan? Nak dengar diorang bercerita mengenai pengalaman sambil memberikan tips serta nasihat yang korang boleh ambil dan terapkan dalam kehidupan korang. Mana tahu mungkin satu hari nanti, korang pula yang akan berikan ucapan dekat atas pentas tu kan?
Antara speaker yang hadir ialah:
- Mazlan bin Mohamed, Penolong Pengarah Kementerian Belia dan Sukan
- David Leung, VP of Hotel Operations, Genting Highlands
- Caroline Wee, VP, Brand Strategy Tealive Malaysia
- Ungku Liza, CEO of Boost Life
- Pete Chareonwongsak, CEO of Teleport
- Yeoh Chen Chow, COO of Fave
- Mohd Flava Farouq, pembaca berita eSports
- Jeroni Khoo, Rakan Kongsi Luno
- Woei Hern, Head of Creative di Vayner Media
Apa yang bestnya mengenai slot speaker ini ialah, setiap speaker mempunyai perkongsian tersendiri yang unik dan sangat menarik Setiap seorang mempunyai topik yang berlainan dan pasti akan memberi korang inspirasi untuk mencapai matlamat kerjaya ideal yang diinginkan.
Topik yang akan dibincangkan meliputi F&B, Bitcoin, Logistic, Pemasaran dan pengiklanan, e-wallet, eSports,Digital, Tech, e-commerce dan macam-macam lagi.
Rugi kalau tak pergi sebab event ni boleh dikatakan satu tempat untuk korang timba ilmu!
Terdapat juga persembahan, live band dan pertunjukkan fesyen mini!
Sambil-sambil tu, korang juga boleh enjoy persembahan tarian dari UTAR Dance Club – K-pop Dance Group, UTP Interbeatz Dance Crew – Hip Hop Dance Group dan Emom Fitness Crew – Mix Dance Group!
Bukan itu sahaja, dah tengok persembahan tarian, layan la juga live band yang menampilkan Amanda & Friends dan Xiamen University Malaysia Music Club!
Kolej Komuniti Raub juga akan buat persembahan fesyen untuk korang tau!
Dekat mana SEEKscapes ni diadakan?
Set reminder siap-siap sebab SEEKscapes ini akan berlangsung pada 4 dan 5 Mac 2023 di Workshop 1, KL Sentul Depot dari 10am hingga 8pm!
Betul tu, event ini akan berlangsung selama 2 hari dan jangan risau, sebab masuk adalah PERCUMA! Nak datang kedua-dua hari pun boleh.
Ajak kawan-kawan korang untuk lepak sekali dekat event ni sebab akan ada pelbagai jenis vendor makanan yang akan dibuka seperti Dao Dessert, Krispy Kreme, Starbucks, Tealive dan pelbagai vendor makanan lokal.
Pre-register sekarang dan berpeluang untuk memenangi percutian ke Tokyo!
Dah lah event best, bila register boleh menang tiket flight ke Tokyo untuk 2 orang pulak tu! Memang terbaik lah.
Korang hanya perlu klik je link INI untuk register! Mudah sangat.
So guys, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni! Jom level-up diri dan ketahui perjalanan kareer korang yang sepatutnya di SEEKscapes, Mac ini!