berita

‘Jangan Mati Dalam Sesalan’ – Pernah Jalani Pembedahan Buang Tumor, Naz Rahman Kongsi Detik Diuji

May 7th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending


Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman sebelum ini pernah mendedahkan dirinya berdepan dengan ketumbuhan tumor sekitar tahun 2014. Ketumbuhan di dalam perut itu walaubagaimanapun telah berjaya dibuang melalui pembedahan.

Sehingga kini, Naz masih menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan peristiwa sama berulang. Imbau kembali pengalaman diuji, Naz memberitahu bimbang masa semakin ‘suntuk’.

‘Jangan mati dalam sesalan’

Ketika bercakap kepada Media Hiburan, Naz memberitahu pengalaman disahkan tumor membuatkan dirinya tersentak seketika. Dia hanya memikirkan masa depan anak yang ketika itu baru sahaja lahir.

Setiap tahun saya akan lakukan check up sebab kita tak tahu bila akan pergi. Setiap tahun saya terfikir janganlah ambil nyawa lagi. Dekat sinilah kita sedar, apa yang kita kejarkan? Di penghujungnya, hanya kita dan Allah.

Pengalaman berdepan dengan tumor buatkan saya tersentak. Pertama kali saya terfikir, anak saya baru lahir.

Bila kita sedar saat Allah nak cabut nyawa, masa tu seribu penyesalan pun tak guna. Sekarang saya faham, kenapa orang kata kesakitan itu satu hikmah.

Jangan sia-­siakan peluang dalam hidup. Jangan mati dalam sesalan. Setiap detik, setiap waktu berharga.

Orang ingat emas berharga, cinta berharga? Masa adalah yang paling berharga dalam dunia.

Buat persediaan untuk anak dan isteri

Kata Naz lagi, sedar masa semakin suntuk dia membuat persediaan rapi untuk keselesaan anak dan isteri.  Dia juga tidak mahu isteri menanggung beban hutang setelah pemergiannya suatu hari nanti.

Bila kita rasa masa terlalu suntuk, kita akan kelam kabut dan kalut. Namun kena ada perancangan. Bila berdepan dengan maut, sebagai seorang suami dan ayah, secara duniawi, semua telah tersedia, insuran, waris.

Saya telah pesan kepada isteri dan anak­-anak, you live your life to the fullest. Saya berjanji dengan mereka, sekiranya saya pergi, saya tidak akan tinggalkan mereka dengan hutang.

Jangan kita tinggalkan dunia ini dengan hutang untuk yang tersayang. Kalau kita betul-­betul sayang mereka, kenapa awak tinggalkan hutang untuk mereka?

Buat apa awak berhutang untuk kereta besar, rumah besar tapi bila awak tak ada, isteri awak kena kerja 24 jam hanya untuk sara anak­anak. Itu tak adil.

Dengan nada sayu Naz mengaku belum cukup bersedia untuk menghidap Ilahi namun terus mencuba untuk menjadi lebih baik.

Untuk persediaan akhirat, apa yang penting adalah perjalanan kita menuju ke sana. Ibadah kita memang tidak pernah cukup, namun asalkan hari ini kita lebih baik daripada semalam, ia memadai. Awak nak duduk di dunia ini bagaimana? Sebagai penumpang atau pemandu?

Katanya lagi, jangan tunggu esok atau lusa kerana mungkin esok kita sudah tiada.

Sumber : Media Hiburan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×