Selepas menjalankan pembedahan, sepasukan pakar bedah tidak sengaja tertinggal sebilah gunting di dalam usus seorang ahli politik Brazil ketika menjahit lukanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Siti Nurhaliza Jatuh Masa Main Skuter, Selamat Jalani Pembedahan
Artikel Berkaitan: ‘Kira-Kira 20% Mata Kiri Saya Sudah Rosak’ – Ben Amir
Rasa sakit selepas dibedah
Ahli politik dari Parti Demokrasi Sosial Brazil yang bernama Cleyton Jose Zanatta telah melakukan satu pembedahan di sebuah hospital tempatan untuk mengeluarkan tumor dari ususnya. Namun selang beberapa hari dia mengalami pelbagai gejala dan merasakan mungkin ada sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatannya.
Kemudian dia kembali ke hospital untuk pemeriksaan dan setelah melakukan imbasan CT, ternyata rupa-rupanya terdapat sebilah gunting bersaiz besar yang ditinggalkan oleh sepasukan doktor pakar yang membedahnya tempoh hari.
Dilaporkan bahawa gunting tersebut telah dikeluarkan melalui satu lagi pembedahan dan keadaan Zanatta kini stabil.
Sumber: Expat Guide