berita

‘Jangan Memandai Nak Tentukan Bahagian…’ – PU Azman Beri Peringatan Buat Tukang Sembelih & Tukang Lapah

July 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hanya tinggal sehari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Perayaan istimewa ini sangat bermakna kerana umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Di Instagram, PU Azman memberi peringatan bahawa umat Islam yang melakukan ibadah korban tidak boleh memberi upah daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah.

Bagi upah lain seperti duit

Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat). Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list tuk terima sedekah daging.

Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.

Dalil:

Maksudnya:  Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).Kalau ramai-ramai masak SOP tulang, tolong jaga SOP. Bergaullah dengan SOPan. SOPaya selamat daripada COVID.

Menurut PU Azman, upah untuk tukang sembelih dan tukang lapah boleh diberikan atas niat mereka sebahagian daripada fakir miskin atau termasuk dalam senarai untuk menerima sedekah daging.

Pelbagai soalan daripada netizen

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dan bertanya mengenai ibadah korban. PU Azman turut menjawab beberapa pertanyaan netizen mengenai ibadah korban yang bakal dilakukan.

Sumber: PU Azman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×