berita

Jangan Mudah Pandang Orang Lain – Nasihat Ustaz Untuk Pasangan Menempuhi Cabaran Bertunang

August 15th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

bertunang header

Selalu sangat kita dengar istilah darah manis diungkapkan kepada pasangan yang bertunang kan, yelah selangkah je lagi nak mendirikan masjid. Masa ni lah macam-macam dugaan dan cabaran yang datang nak menguji korang sepanjang tempoh pertunangan tu.

Kepada korang yang selalu sangat gaduh dengan tunang korang tu, jom baca perkongsian dan nasihat ustaz ni. ‘Cekalkan hati, jangan mudah berpaling’. Agak-agak kalau tiba-tiba jumpa orang yang lagi baik dan bagus, ingat pesanan ustaz ni okay?

Bila dah bertunang, dugaan dan ujian tu lain

bsuzana_tunang

(Sekadar gambar hiasan)

“Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja”

Kami serentak menoleh.

“Apa maksud ustaz?” seorang dari kami bertanya.

“Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja – saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik – balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh – gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga”

Tiba-tiba jumpa orang yang lagi baik, lagi cantik

Hafiz Suip 5.jpg

(Sekadar gambar hiasan)

Kami terdiam.

“Perasan tak, dulu duduk sorang – sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana – manalah, dan – dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba – tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

“Perempuan ni lagi baik dari tunang hang”

“Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari”

“Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal”

“Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah”

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.

“Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak – anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham”

Kenapa perlu cari yang sempurna?

“Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna”

“Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha”

Kami mengangguk perlahan.

“Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat – erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik – baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu”

“Istikharahlah”

“Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak”

Saya terdiam lama.

“Ya, inshaAllah. Moga Allah redha”

Syafiq Ridhwan.
Penulis tepian jalanan.
09.13 malam.
Di atas bumi tuhan.

sumber: Syafiq RiDhwan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×