berita

Jangan Mudah Percaya, Nah 5 Langkah Untuk Semak & Kenalpasti Taktik Scammer!

October 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Isu scammer ni rasanya bukan lagi satu perkara yang baru di negara kita, malah di seluruh dunia. Pihak berkuasa dan kerajaan pun dah keluarkan pelbagai nasihat dan panduan untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa scammer. Walaupun kita dah berada di zaman serba canggih dan moden ini, namun masih ada lagi yang menjadi mangsa.

Haa..kali ni, OHBULAN ingin kongsikan antara taktik licik atau strategi popular yang sering digunakan scammer dan langkah-langkah mudah untuk korang selamatkan diri dari diperdaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. 

Taktik 1: E-mel rangkaian sosial palsu

Kredit: Iluminasi.com

Skim jenis ini akan menghantar e-mel palsu dengan mengatakan bahawa korang mempunyai friend request dan ada seseorang yang cuba menceroboh masuk akaun media sosial korang. Jadi, korang dikehendaki log masuk masuk segera untuk pengesahan identiti.

Selepas log masuk melalui pautan palsu, scammer boleh akses akaun sebenar korang, seterusnya mencuri identiti dan maklumat peribadi korang. Jadi, sekiranya korang menerima apa-apa pautan atau notifikasi dari e-mel berkaitan akaun media sosial, jangan terus klik, sebaliknya terus setkan tetapan pengesahan dua langkah bagi kesemua akaun korang.

Taktik 2: Laman web palsu yang berselindung di sebalik agensi yang sah

Image may contain: ?text that says '????? KWSP EPF AMARAN PHISHING (PENIPUAN & PENCURIAN DATA) Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) memberi amaran kepada orang awam mengenai cubaan menipu mencuri yang disebar melalui media sosial, yang meminta mereka selidik bagi untuk 10,000. mereka insentif sebanyak Ini adalah laman PALSU bertujuan menipu mencuri peribadi ahli. Ahli digesa tidak menjawab selidik tersebut untuk mengelakkan data peribadi dikongsi dengan tidaksah. PALSU! Untuk sebarang penjelasan mengenai perkhidmatan KWSP, rasmi www.kwsp.gov.my. Laporan mesej yang meragukan dalam melalui Adakah media berumur daripada tahun? /make-an-enquiry 6000. hubungi 03- 8922?'?

Awal tahun ini, tular satu mesej pautan ke laman sesawang palsu KWSP yang meminta pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 menjawab kaji selidik untuk layak mendapat insentif sebanyak RM10,000.

Menurut KWSP, kandungan mesej yang tular itu adalah palsu dan tidak berkaitan dengan agensi berkenaan. Sebaliknya, ia adalah percubaan penipuan data peribadi pencarum bagi tujuan berunsur jenayah.

Bagi korang yang menerima mesej tular seperti ini, langkah paling selamat adalah dengan menyemak dahulu kewujudan dan kesahihan laman web tersebut. Lagi bagus, kalau korang terus menghubungi agensi tersebut di talian rasmi untuk sebarang pengumuman atau maklumat rasmi.

Taktik 3: Pop-ups ads perisian antivirus

Kredit: Malware Tips

Pernah tak bila tengah melayari internet, tiba-tiba timbul pop-up window atau ads yang memberi amaran peranti korang dijangkiti virus dan malware? Lepas tu, korang diminta untuk muat turun perisian antivirus untuk memadam virus tersebut.

Ini sebenarnya adalah scam kerana sekiranya korang memuat turun, perisian tersebut boleh dapatkan maklumat peribadi seperti nombor kad kredit korang tau!

Sebaik-baiknya, pastikan peranti korang telah dipasang dengan program antivirus yang sentiasa dikemaskini dan setkan pop-up blockers untuk mengelakkan penipuan seperti ini terjadi.

Taktik 4: SMS palsu yang menawarkan wang tunai atau hadiah lumayan

Kredit: Ering

Admin yakin mesti ramai antara korang yang pernah menerima SMS macam ni kan? Kononnya nombor telefon korang terpilih untuk memenangi sejumlah wang tunai lumayan. Kemudian, korang diminta untuk klik pautan palsu yang akan disambungkan ke satu nombor Whatsapp yang tidak diketahui dan korang diminta untuk naik taraf akaun untuk tebus hadiah wang tunai tadi.

Peluang ini akan digunakan scammer untuk menceroboh dan mencuri kesemua duit di dalam akaun bank korang. Jadi, jangan sesekali terpedaya kalau korang tak pernah menyertai mana-mana peraduan kerana ia adalah PALSU!

Taktik 5: Surat palsu perintah mahkamah

Kredit: Berita Harian

Penipuan dokumen yang paling kerap berlaku adalah Perintah Penangkapan, Perintah Pembekuan Aset serta Akta Dadah Berbahaya melalui e-mel, surat atau panggilan rambang  yang meminta untuk mangsa merahsiakan kes jenayah bagi mengelakkan siasatan pihak polis. Seterusnya, mangsa diminta untuk memindahkan aset ke Jabatan Audit Negara untuk membuktikan mangsa tak bersalah.

Jangan panik sekiranya korang tak pernah terlibat dengan mana-mana jenayah. Semak dan teliti dahulu kepala surat, alamat, tandatangan, nombor rujukan dan cop mahkamah tersebut. Walaupun seakan-akan sama, jangan terus percaya dan sebaik-baiknya hubungi pihak yang berkaitan untuk sebarang maklumat lanjut.

Jangan mudah terpedaya dengan muslihat dan tipu daya orang yang tak dikenali. Semak dahulu sebelum kena!

Kalau korang nak tahu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyediakan sebuah laman web semakan skim penipuan secara atas talian (online). Ini adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan dalam membanteras berlakunya kes jenayah penipuan supaya masyarakat awam lebih berjaga-jaga daripada ditipu oleh sindiket tersebut. Secara tak langsung, dapat mengurangkan kadar jenayah penipuan daripada berleluasa di negara kita.

Melalui laman web ini, korang boleh melakukan semakan dengan memasukkan nombor akaun atau nombor telefon pemangsa dan kenal pasti sama ada ia merupakan sebuah skim sindiket penipuan ataupun tidak.

Untuk semakan, hanya layari laman rasmi CCID.

Mudah je kan? Semoga bermanfaat!

SKIP THIS AD ×