Semalam, madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib memberitahu bahawa dia enggan bercerai dengan suaminya, Rosland Othman kerana masih sayang akan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah 28 Tahun Berkahwin, Saya Tidak Setuju Bercerai’ – Madu Miera Liyana
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Berkeras Tak Mahu Bercerai, Mahkamah Arah Lantik Wakil JKP
Terbaharu, Miera Leyana ada berkongsi satu hantaran di Instagram Story (IG Story) seolah-olah memberi bayangan berhubung isu berkenaan.
‘Satu hari korang akan tahu kebenaran’
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang berusia 30 tahun ini memberitahu bahawa ada cerita sebenar di sebalik kejadian yang berlaku dan berharap agar suatu hari nanti orang ramai akan mengetahui kebenarannya. Bukan itu sahaja, Miera juga meminta agar semua berhati-hati dengan fitnah akhir zaman.
Sentiasa ada dua sisi dalam setiap cerita. Jangan nak gila glamour. Satu hari korang akan tahu kebenaran. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.
Sekian dari Miera Leyana, nak masak jap untuk suami dan anak-anak. Okay selamat tinggal.
Meskipun begitu, Miera tidak memperincikan secara jelas atau memetik nama mana-mana individu berhubung hantarannya itu ditujukan.
Untuk info, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Liyana dan mereka memiliki seorang anak perempuan.
Perkongsian Miera
Sumber: Miera Leyana