Demi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi, Mahkamah Syariah memerintahkan suami kepada pelakon, Miera Liyana, Rosland Othman dan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes penceraian mereka.
Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Didakwa ‘Ambil’ Anak Perempuan Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama?
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Enggan Bercerai, Rayu Suami Pulang Untuk Berbincang
Madu tak setuju untuk bercerai
Memetik laporan Harian Metro, Peguam Syarie, yang menjadi peguam bela kepada Adibah, Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa perintah itu dikeluarkan Mahkamah ekoran anak guam (isteri pertama) tidak bersetuju dengan tindakan suami yang memfailkan penceraian.
Anak guam kami berpendapat bahawa ikatan perkahwinan mereka selama 28 tahun dengan dikurniakan lima cahaya mata itu perlu dipertahankan.
Sehubungan itu, pihak kami berjaya mendapat keputusan yang adil (bantah cerai) dan kedua-dua pihak perlu melantik JKP supaya hakim dapat menentukan letak duduknya kes ini.
Dalam pada itu, Peguam Syarie, Mohd Junid Ramli yang turut mewakili Adibah mendedahkan bahawa pihak plaintif tidak menyatakan justifikasi dan jaminan kepada anak guamnya serta memfailkan perceraian tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.
Kita tunggu untuk pihak-pihak membawa wakil pada sidang akan datang untuk memberi keadilan kepada defendan sebab bukan salah dia.
Dia (plaintif) berkeras tadi untuk meneruskan lafaz cerai dan Alhamdulillah mahkamah terima hujah kami untuk tidak boleh dia sewenang-wenangnya menceraikan anak guam kami.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 3 Mei depan bagi kedua-dua pihak untuk melantik wakil JKP masing-masing bagi menyelesaikan kes penceraian mereka.
Terdahulu, Rosland selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.
Namun, permohonan itu ditolak Adibah yang sama sekali dia tidak berhasrat memfailkan perceraian kerana mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya mengamalkan poligami selepas berkahwin dua pada Julai 2020.
Kredit: Harian Metro