Korang pernah tak terfikir dan tertanya-tanya apakah TVET (Technical and Vocational Education and Training) sebenarnya?
Sejauh mana tahap pencapaian graduan dalam bidang TVET di negara kita terutamanya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Ha, jangan pandang rendah dekat pelajar-pelajar yang belajar kemahiran ni.
Kalau korang nak tahu, kepakaran mereka ada yang sampai ke tahap international tau!
Memang sangat membanggakan! Kejayaan ni membuktikan graduan Politeknik dan Kolej Komuniti mendapat tempat dan menjadi pilihan majikan dan industri. Malah berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Universiti!
Bukan itu saja, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga menyokong usaha Kementerian dalam melahirkan lebih banyak job creator!
Dari 2018 sehingga 2020, Politeknik dan Kolej Komuniti berjaya menghasilkan hampir 7,000 usahawan dalam kalangan graduan. Ada antara mereka mampu menjana pendapatan sehingga mencecah lima angka dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu lain.
Tak terhenti di situ, pencapaian pelajar di peringkat negara dan antarabangsa juga cukup memberangsangkan di mana mereka meraih pingat dan kemenangan serta pengiktirafan melalui pelbagai pertandingan kemahiran, invoasi, sukan dan lain-lain.
Antara platform yang mengharumkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti adalah Pertandingan FIRA, RoboWorld, WordSkills Competition, Abilympics (Olympics of Abilities) bagi pelajar OKU, Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri, Pertandingan MySkills, SUKIPT, Universiade, SUKMA, Sukan SEA, dan lain-lain lagi.
Bagaimana ia boleh membantu? Dengan cara ini:
Untuk membangunkan sesuatu perkara tu bukannya mudah. Antara cabaran yang dihadapi ialah bagaimana ingin mengubah persepsi masyarakat tentang TVET adalah untuk yang mereka yang gagal atau kurang cemerlang akademik. Tak semestinya yang join TVET adalah yang gagal tau!
Bukan itu saja, TVET juga mendapat pembiayaan yang lestari untuk membiayai pengajian pelajar di institusi TVET. Malahan, untuk pembangunan, penyenggaraan institusi, kemudahan dan peralatan mereka juga tiptop!
Terdapat 17 peneraju industri yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti pembuatan, pembinaan, logistik, peruncitan, perkhidmatan, kejuruteraan, keusahawanan, teknologi maklumat dan juga perbankan.
Penglibatan industri dalam program-program seperti Focus Group Dialogue, National Industry Dialogue dan Employability Advisory Committee juga dapat memberi input dan maklumbalas antara industri-akademia dalam meningkatkan kualiti pendidikan TVET sekaligus melahirkan graduan rebutan industri.
Korang perlu mendapatkan maklumat berkenaan laluan pengajian dan kerjaya dengan jelas supaya goals korang lebih mudah untuk dicapai! Korang juga boleh tanya kawan-kawan yang dah ada experience juga tau.
Selain itu, korang perlu melengkapkan diri bukan saja dengan kemahiran dalam bidang malah, aspek lain yang turut penting menyumbang sebagai pekerja yang cemerlang seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan Bahasa Inggeris.
Tapi, perkara yang paling penting sekali, korang kena tanam minat nak belajar perkara dan teknologi baru dan boleh bertukar bidang serta menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan juga pasaran kerja.
Ingat, di mana ada kemahuan di situ ada jalan! Korang kena cekal dan sentiasa ada perasaan ingin tahu dan ingin belajar untuk berjaya! Bagi yang tengah try-try nak masuk Politeknik dan Kolej Komuniti tu, goodluck!
Maklumat lanjut mengenai TVET, korang boleh klik dekat SINI!