berita

‘Jangan Pandang Rendah Terhadap Influenza’ – Anak Dr Say Shazril Dijangkiti Influenza

January 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siapa saja yang tidak mengenali doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say ini. Selain mempunyai raut wajah yang kacak, doktor ini sering berkongsi tips kesihatan, penjagaan badan dan bermacam lagi di akaun Instagramnya.

Terbaru, beliau berkongsi satu kisah mengenai keadaan kesihatan anaknya Aezriel (Ace) sewaktu berusia dua bulan. Pada masa yang sama, ilmu mengenai bahayanya influenza dan kepentingan vaksin buat semua manusia turut dikongsikan.

Demam, batuk, dan selsema biasa

Menerusi posting Dr Say, dia mengingatkan semua bahawa jangkitan influenza boleh berlaku pada bila-bila masa di Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain. Sebagai contoh, anaknya Ace mengalami jangkitan paru-paru semasa dia berumur 2 bulan. Pada mulanya, Ace sekadar deman, batuk dan selsema biasa. Namun, kesihatannya semakin merudum dan menjadi tidak bermaya sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Oleh itu, Dr Say memberitahu bahawa kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun, warga emas, wanita hamil, individu yang mempunyai masalah obesiti dan mempunyai daya tahan badan yang lemah, berpotensi untuk diserang jangkitan tersebut. Sebagai langkah berhati-hati, vaksin influenza merupakan salah satu langkah pencegahan yang terbaik.

Sumber: Dr Shazril

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×