Tiga hari lepas penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Donde’, Andi Bernadee memuat naik video menari bersama seorang wanita misteri. Ramai yang tertanya-tanya identiti wanita tersebut dan tak kurang juga ada yang mengecam penyanyi tersebut yang dikatakan menari lucah?
Terbaru, menerusi Harian Metro penyanyi itu menjawab kembali kritikan peminat. Menurutnya, dia sekadar menggalas tanggungjawab sebagai seorang penari dalam video klipnya yang terbaru.
Nilai artistik disitu
Sesetengah netizen ada mendakwa video tariannya ada unsur lucah dan kurang sopan walaupun penyanyi tersebut sekadar hanya mahu berkongsi bayangan mengenai muzik video lagu barunya berjudul Shimmy.
Janganlah pandang dari sudut negatif. Perhatikan nilai artistik yang ada.
Tambah penyanyi itu lagi, sebagai penghibur dia perlu sentiasa tampil dengan elemen artistik dalam karyanya dan koreografi tarian kontemporari itu adalah sebahagian daripada babak dalam muzik video itu nanti.
Mahu cari kesempurnaan dalam karya saya
Video itu saya muat naik sewaktu membuat latihan dengan penari yang akan tampil dalam muzik video itu nanti. Saya bertuah dapat belajar menari kerana saya bukannya penari hebat.
Sebagai penyanyi, saya sentiasa mahu mencari kesempurnaan dalam setiap karya termasuklah untuk muzik video juga. Oleh itu, saya harap usaha ini lebih dipandang daripada sudut positif.
Andi juga menepis dakwaan netizen yang kononnya sengaja membuat gimik bagi mencetus kontroversi dengan menari intim bersama penari wanita tersebut.
Sekadar menggalas tanggungjawab
Tiada apa yang intim dengan penari wanita itu. Dia sekadar penari yang menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian daripada muzik video berkenaan. Di mana gimiknya?
Ia seperti berkongsi video dua individu yang ingin mempamerkan koreografi indah mereka selepas membuat latihan. Kita pun selalu juga tonton video sebegitu, bukan.
Dalam pada itu, Andi juga meminta peminat supaya tidak terlalu sensitif mengenai video itu hanya kerana dia menari dengan seorang wanita.
Maaflah jika video itu membuatkan ada peminat menangis. Janganlah sampai begitu sekali, saya tiada niat pun menyinggung perasaan sesiapa.
Sumber : Harian Metro