Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 mulai 18 Mac dan ia dilanjutkan hingga 14 April 2020 di seluruh negara.
Tapi malangnya, ramai pulak yang panik tak tentu pasal malah ada juga ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Hm.. Sebenarnya korang tak perlu panik pun. Jom kami kongsikan 5 perkara yang korang wajib tahu.
1. Jaga kebersihan diri, keluarga dan persekitaran
Dalam tempoh penularan wabak ini, pastikan korang jaga kebersihan diri dan keluarga. Paling utama, kerap membersihkan tangan dengan cara yang betul menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer tau.
Dan memandangkan setiap hari korang satu keluarga terpaksa berkampung di rumah, jadi pastikan persekitaran sekeliling rumah sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk didiami.
2. Jangan pulang ke kampung!
Nama pun Perintah Kawalan Pergerakan, jadi duduklah di rumah dan kurangkan pergerakan. Takde keperluan pun untuk korang balik ke kampung sebab ini bukan cuti untuk bersuka ria tau. Bak kata Tan Sri Muhyiddin ‘stay put where you are‘.
Sebenarnya, arahan ini bagi mengelakkan risiko wabak Covid-19 merebak ke daerah lain terutamanya kawasan kampung yang kurang fasiliti perubatan. Kesian la dekat mak ayah kita di kampung tu.
3. Tak perlu buat panic buying
Ya guys, tak perlu panik sampai berebut-rebut nak beli barang keperluan harian bagai tiada hari esok. Kami faham korang mesti risau bekalan makanan mungkin terputus dan takut seisi keluarga kelaparan di rumah, tapi ini bukan caranya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua kedai yang menjual barangan keperluan harian dan barangan runcit termasuklah pasaraya masih dibuka secara berjadual. Jadi, tak perlu panik sebab panic buying boleh mengundang banyak masalah lain.
4. Kenapa tempoh dilanjutkan?
Sebenarnya ini adalah salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk memutuskan rantaian jangkitan memandangkan jumlah kes baru Covid-19 masih meningkat naik. Kalau korang nak tahu, wabak Covid-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu.
Jadi, kalau kita semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ni, virus Covid-19 akan mati dan jumlah orang yang dijangkiti wabak Covid-19 dapat dikurangkan sekaligus mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan.
5. Amalkan langkah pencegahan
Tak kisah di mana pun korang berada, pastikan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19. Bagi yang tak sihat atau bergelaja, pastikan korang gunakan penutup mulut dan hidung bila keluar rumah.
Keluar bila hanya ada keperluan penting seperti nak beli barang keperluan harian atau nak beli makanan. Itupun kena pastikan korang jaga jarak 1 meter daripada orang lain sebab tempat tumpuan ramai lebih tinggi risiko jangkitan sebab kita tak tau siapa yang bergejala.
Jangan panik, Grab kan ada!
Salah satu sebab korang tak perlu panik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni kerana Grab Malaysia sedia berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan mereka masih meneruskan perkhidmatannya seperti biasa. Ini antara servis Grab yang korang boleh manfaatkan:
Clean & Fix
Bersihkan rumah dan persekitaran korang daripada kotoran, bakteria dan virus merbahaya sekarang! Hasil kerjasama Grab bersama Kaodim, Clean & Fix menyediakan perkidmatan pembersihan terbaik, berkualiti dan dipercayai ramai.
Ini antara servis yang korang boleh enjoy:
- Pembersihan rumah
- Deep cleaning
- Pembersihan tempat duduk kereta
- Servis penghawa dingin (aircond)
Pastikan persekitaran seisi keluarga korang bersih dan selamat dengan Clean & Fix! Untuk dapatkan lebih banyak info, klik sini ya!
GrabMart
Dengan adanya GrabMart, korang boleh membeli barang keperluan harian dari rumah dengan selesa dan pesanan korang akan siap dihantar kurang dari satu jam tau! Bagi mengurangkan risiko jangkitan, pastikan korang guna kaedah Contactless Delivery dan buat pembayaran tanpa tunai menggunakan GrabPay.
Caranya sangat mudah, korang cuma perlu maklumkan kepada rider melalui GrabChat untuk tinggalkan pesanan atau barang korang di mana-mana lokasi yang korang inginkan seperti letak di depan pintu rumah atau di lobi.
Bermula 20 Mac hingga 19 April 2020 korang juga boleh enjoy PENGHANTARAN PERCUMA menggunakan kod promo “MART2U” untuk pembelian minimum RM35 dan ke atas melalui beberapa merchants terpilih seperti di bawah:
- Farmasi – Guardian, Watsons, Caring, Big Pharmacy
- Kemudahan lain – Mynews, MiX.com.my
- Keperluan harian – G Grocer, Kiara Supermarket, Ulam Melayu TTDI, Lizar Chili, Nature Marketplace, The Meat Expert
Setakat ini servis GrabMart boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Ipoh dan akan terus berkembang di lebih banyak lokasi selepas ini! Jom membeli dengan selamat menggunakan GrabMart. Kalau korang nak dapatkan info lanjut, sila tekan sini.
GrabFood
Buat apa nak panik sebab boleh order makanan guna GrabFood! Apa yang pasti, pihak Grab sentiasa memastikan setiap tempahan dibungkus dengan baik dan sampai dengan selamat untuk pelanggan. Bermula sekarang hingga 31 Mac 2020, korang boleh enjoy PENGHANTARAN PERCUMA menggunakan kod promo “STAYSAFE” bagi beberapa merchants terpilih.
Haa.. jangan lupa untuk pilih kaedah penghantaran tanpa jumpa pelanggan atau Contactless Delivery. Beritahu rider GrabFood melalui GrabChat untuk tinggalkan pesanan korang di mana-mana lokasi yang sesuai seperti di lobi atau di pagar rumah. Dan pastikan buat pembayaran tanpa tunai menggunakan GrabPay tau!
GrabExpress
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dah tentu nak menziarah keluarga atau nak jumpa yang tersayang jadi lebih sukar. Tapi dengan adanya GrabExpress, korang boleh je kirimkan masakan, makanan ringan atau apa-apa keperluan kepada si dia! Sebagai langkah berjaga-jaga, ‘Contactless Delivery‘ adalah pilihan terbaik untuk memastikan mereka yang tersayang jauh dari risiko jangkitan.
Ingat, jangan keluar rumah!
Apa pun ingat pesan kami, duduklah di rumah diam-diam sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat sepenuhnya nanti. Jangan risau sebab segala barang yang korang perlukan boleh dibeli dari rumah dengan adanya perkhidmatan seperti Grab.
Manfaatkan waktu yang ada ini untuk luangkan masa bersama keluarga korang, Ingat, amalkan langkah pencegahan dan lindungi keluarga yang tersayang!