berita

‘Jangan Percaya Tweet Jelik’ – Didakwa Beli Akaun Twitter, Ini Respon SKMM

January 13th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak malam semalam, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikecam orang ramai sehinggakan akaun itu ditutup. Difahamkan akaun rasmi tersebut didakwa dibeli daripada seorang remaja berusia 15 tahun pada 7 tahun lalu.

Walau bagaimanapun, SKMM menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun Twitter suruhanjaya berkenaan.

Tweet lama

Selepas viral Tweet lama daripada akaun SKMM, seorang remaja tampil mendakwa akaun tersebut miliknya dan dijual ketika dia mempunyai 50K pengikut. Rata-rata netizen berpendapat bahawa SKMM telah melanggar syarat Twitter kerana membeli akaun pengguna lain. Tak kurang juga yang mengkritik admin Twitter pihak SKMM yang dilihat tidak profesional membeli akaun.

Akaun dijual?

Budak-budak sekolah mesti nak merasa duit jugak kan. Jadi saya jual akaun tu dekat salah seorang pengguna, namanya ***. Saya tak tahu akaun tu akan jadi official MCMC. Saya jual dengan harga RM1,300 kalau tak silap saya.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian, remaja tersebut mengaku menjual harga akaun tersebut dengan RM1300 kepada seorang individu di Twitter. Selepas disiasat, individu tersebut dipercayai admin kepada pihak SKMM

Walau bagaimanapun, pihak SKMM tampil memberi penjelasan. Dalam kenyataan tersebut, mereka memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi SKMM telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bukan mesej dikeluarkan MCMC

Buat masa ini, akaun rasmi Twitter telah digantung buat sementara untuk tindakan lanjut. Sehingga kini, orang ramai masih tertanya-tanya mengenai tweet yang digodam sejak tahun 2013.

Sumber : Injang

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×