Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr Adham Baba dalam satu rancangan bual bicara sebelum ini ada memberikan petua bahawa minum air suam mampu membunuh virus dalam tubuh badan. Kenyataan beliau walau bagaimanapun telah disangkal oleh seorang doktor terkenal iaitu Dr. Amalina.
Terbaru, EXCO Pemuda UMNO Malaysia iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan nama Papagomo menerusi akaun Twitter miliknya ada mempersoalkan tentang ilmu perubatan yang dimiliki oleh Dr. Amalina.
‘Dr. Amalina terlalu muda, kurang pengalaman’
Soalan @ShazAhmad77 kepada Saya berkenaan kenyataan @DrAmalinaBakri kepada YB Menteri @KKMPutrajaya Dr @DrAdhamBaba dalam isu “air suam”
Live FB Papa Azri malam tadi. https://t.co/Gx5ttpitlk pic.twitter.com/1QcXRKuTVP
— KERAJAAN ? (@Sir_Azri) March 23, 2020
Menerusi video berdurasi 02:20 saat itu memaparkan, Wan Azri kurang berpuas hati dengan tindakan Dr. Amalina yang membidas petua yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba dengan mengatakan bahawa minum air suam mampu membunuh virus.
Wan Azri juga menyifatkan Dr. Amalina sebagai seorang doktor muda yang kurang pengalaman dalam bidang perubatan berbanding dengan pengalaman yang dimiliki oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba. Menurutnya lagi, Dr. Amalina tidak mempunyai pengalaman dalam merawat pesakit Covid-19. Tambah Wan Azri, Dr. Amalina juga merupakan seorang doktor yang muda dan masih belum sesuai untuk bercakap mengenai perkara-perkara seperti ini.
Jangan politikkan isu kesihatan
Dr. Amalina kemudian menerusi laman Twitter miliknya telah menjawab segala ‘hujah-hujah’ yang dikeluarkan oleh Wan Azri. Dr. Amalina turut memperingati Wan Azri supaya tidak mempolitikkan isu kesihatan. Menurut Dr. Amalina lagi, dia kini sedang bekerja sebagai seorang Speacialist Registrar dan bukannya sebagai doktor praktikal seperti apa yang dimaksudkan oleh Wan Azri.
Ia adalah saranan WHO
Sementara itu, Wan Azri ada berkata bahawa Dr. Amalina tidak mempunyai pengalaman dalam merawat pesakit Covid-19 tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila Dr. Amalina sendiri telah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia juga bertugas sebagai salah seorang doktor yang merawat pesakit Covid-19 d hospital tempatnya bekerja.
Tambah Dr. Amalina lagi, kenyataan yang dikeluarkannya dengan menyangkal bahawa air suam mampu membunuh virus bukanlah satu perkara yang sengaja diciptanya sendiri sebaliknya ia adalah saranan daripada World Health Organization (WHO) dan pakar-pakar virologi serta mikrobiologi dari seluruh dunia.
‘Saya betulkan fakta sahaja’
Sumber: Sir Azri, Dr. Amalina