berita

‘Jangan Putus Asa Sayang Dengan Rahmat Allah’ – Lufya Omar Titip Doa Buat Nadia Annuar

May 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sekitar minggu lalu, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru ditunjukkan pengacara, Nadia Annuar yang secara terbuka mendedahkan dirinya sudah tidak lagi berhijab.

Keputusan mengejutkan itu dibuat Nadia bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Ke-39, Nadia Annuar Tampil ‘Free Hair’ – ‘Saya Harap Allah Kurniakan Kekuatan…’

Artikel Berkaitan: ‘Kecam Sepuas Hati, Tolong Jangan Kaitkan Ibu Saya – Nadia Annuar

Lufya titip doa

Bukan sahaja mengejutkan para pengikutnya malah, keputusan dibuat Nadia itu turut mengejutkan rakan artis yang lain.

Terbaru, penyanyi dan pelakon, Lufya Omar dilihat menegur Nadia dengan kata-kata yang sangat baik dan positif.

Allah uji sebab Allah sayang. Jangan putus asa sayang dengan rahmat Allah. Moga Allah titipkan taufik & hidayah pada diri kita. Berdamai dengan diri kita. Semoga Allah berikan cahaya pada jalanNya. Doaku sentiasa untukmu sahabat, jaga diri.

Menerusi komen tersebut juga, Lufya turut memberikan kata-kata semangat buat Nadia serta menasihati pengacara itu untuk tidak berputus dalam mendapatkan rahmat daripada Allah SWT.

Sekadar info, Nadia Annuar juga merupakan kakak kepada pelakon dan model, Haris Annuar serta anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan yang mesra disapa Kak Ton.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×