Pengacara, Nadia Annuar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39, semalam.
Artikel Berkaitan: 23 Foto Majlis Berinai Nadia Annuar Dengan Bakal Suami Jutawan. Comel Tak Anak Kak Ton?
Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram
Birthday ke-39
Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Nadia mendedikasikan sebuah ucapan istimewa kepada dirinya sendiri.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, pemilik nama lengkap Nadia Shahrul Annuar meluahkan rasa syukur apabila usianya dipanjangkan selain mengakui banyak hal yang ditempuhi sepanjang tahun lalu.
Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.
Saya telah melalui banyak perkara tahun yang sudah. Saya juga telah menerima ramai kawan dan musuh yang baru. Itu adalah pengajaran yang boleh diambil, ada yang baik ada yang buruk.
Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, namun saya berharap Allah akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang dikehendaki-Nya.
Menerusi perkongsian sama, Nadia turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tidak berhijab sambil duduk di atas sebuah sofa.
Mana tudung?
Tindakan Nadia berbuat demikian sekali gus menuai perhatian pelbagai pihak.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mempersoalkan tindakan pengacara itu yang tidak lagi mengenakan hijab sepenuhnya.
Malah, ramai yang meluahkan rasa kecewa selain menitipkan doa agar Nadia kembali berhijab dan dikurniakan petunjuk.
Sumber: Instagram