Tindakan pengacara Nadia Annuar tidak lagi mengenakan hijab sempena ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun telah mengundang kritikan.
Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Ke-39, Nadia Annuar Tampil ‘Free Hair’ – ‘Saya Harap Allah Kurniakan Kekuatan…’
Mengakui kesilapan
Di Instagram Stories, Nadia berkata dia akur dengan kecaman yang diterima atas kekhilafan diri sendiri. Namun, Nadia memohon agar diberikan ruang dan masa kepada dirinya.
Selain itu, kakak kepada aktor Harris Annuar ini turut meminta maaf sekiranya tindakan membuka tudung itu telah menimbulkan rasa benci serta kurang senang.
Jangan libatkan keluarga
Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar meminta agar tidak melibatkan ibunya, usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton dan ahli keluarga lain.
Jelasnya, Kak Ton sudah menjadi ibu yang terbaik apabila membesarkan serta mendidik dirinya dengan sempurna.
Sebelum ini, Nadia mendedikasikan ucapan istimewa kepada dirinya sendiri di Instagram serta memuat naik foto ‘free hair.’
Sumber: Instagram