Seorang jururawat wanita yang berkhidmat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Walsall Manor disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak maut Coronavirus.
Momen terakhir sebelum meninggal
Never thought I could see this amazing day. Thank u to Walsall Manor Hospital for believing in me. Countles's people one who was me struggle to believe that they have the right to dream. But please follow through, and yes with commitment compassion support dreams do come true. pic.twitter.com/gR2P101B5P
— Areema Nasreen (@AreemaNasreen) April 24, 2019
Menerusi laporan yang dipetik daripada Al-Jazeera, wanita yang dikenali dengan nama Areema Nasreen dikatakan langsung tidak mempunyai masalah kesihatan. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila pada suatu hari dia disahkan positif Covid-19 disebabkan tugasnya sebagai ‘frontliner’ yang sentiasa terdedah dengan pesakit yang dijangkiti wabak maut itu.
Ibu kepada 3 orang anak yang berusia 36 tahun ini dikatakan telah mula dijangkiti wabak ini sejak 2 minggu yang lalu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Lebih meruntun hati apabila di saat-saat akhir suami Areema sempat berbisik kepadanya supaya jangan bimbang tentang anak-anak mereka. Tambahnya lagi, dia berjanji kepada Areema akan menggalas tanggungjawab untuk menjaga ketiga-tiga anak mereka dengan sebaik-baiknya.
Jangan risaukan anak-anak.
Arwah murah dengan senyuman
Sementara itu, adik perempuan Areema iaitu Ash turut menceritakan bahawa suami kakaknya yang sedang bersedih dengan pemergian arwah itu tetap ingin memeluk arwah walaupun sudah dihalang oleh pihak hospital kerana bimbang akan dijangkiti virus maut itu.
Dia mula menangis. Doktor berkata, jangan memeluknya, kerana virus itu tetapi dia berkata dia terpaksa. Kemudian kakak meninggal dunia. Kami semua sangat sedih.
Difahamkan, sebelum ini Areena pernah berkhidmat sebagai pencuci di hospital selama 15 tahun yang lalu sebelum memulakan tugasnya sebagai jururawat sekitar tahun 2019. Rakan baiknya, Shabeena Kousar menyifatkan Areema sebagai seorang wanita yang sangta baik dan murah dengan senyuman.
Areema seorang yang sangat luar biasa. Dia selalu menyambut orang ramai dengan senyuman dan dia adalah seorang wanita yang akan melakukan apa sahaja untuk semua orang.
Terlalu banyak benda yang ingin dilakukannya tetapi Allah telah memanggilnya. Doa kami sentiasa ada buat suami, keluarga dan anak-anaknya.
Sumber: Al-Jazeera, Mirror Uk, Areema Nasreen