Kemelut rumahtangga melibatkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sehingga ke hari ini masih menjadi bualan ramai. Tambah mengeruhkan keadaan apabila PU Abu mahu berbincang dengan bapa terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
‘Mak aku tak bersalah’
Di Instagram Story, PU Abu memuatnaik screenshot pesanan Direct Message yang diterimanya. Menyatakan kekecewaan apabila ibu dihina, PU Abu memohon agar ibunya tidak persalahkan di atas kesilapannya sendiri.
Malah, bekas isteri, Ain Afini turut menyatakan rasa simpati apabila keluarga bekas mertua turut diheret dalam isu kontroversi ini. Katanya;
Jangan libatkan mereka – bekas isteri
I have a very good family-in-law. Maybe I’m less in one place but He give me better on the other side. Best father-in-law, sister brother-in-law, people who always there. Tak ada keluarga yang nak keburukan wujud dalam circle mereka tapi kita kan hanya mampu merancang? Terutama mak ayah, mesti nak yang terbaik untuk anak-anak.
Bila anak buat silap, wajar ke yang dipersalahkan itu mak ayah sedangkan mereka semestinya jalankan tanggungjawab menasihati anak-anaknya. Isu parents ni sensitif. Macam mana kita sedih orang cakap pasal parents kita, usahalah jangan libatkan mereka dalam kesalahan kita atau orang lain. Terutama ibu ayah yang dah tak ada. Jangan dikaitkan. Kesalahan individu hanyalah pada individu itu. Jangan menyalahkan individu yang dah tak ada atau tiada kaitan. Yang buruk tinggalkan, yang baik jadikan tauladan.