Baru saja menyambut kehadiran menantu baru, penerbit terkenal Sheila Rusly sekali lagi berdepan dengan dakwaan yang kurang menyenangkan melibatkan hubungan anak lelakinya dengan pengacara Janna Nick. Di Instagram, Sheila Rusly berang dan bakal mengambil tindakan tegas susulan muncul dakwaan mengatakan penerbit itu ingin ‘menjodohkan’ Janna Nick bersama anak lelakinya, Uzair Haqimy.
Artikel berkaitan: Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Selamat Diijabkabul.. Hantaran RM22,222.22!
Artikel berkaitan: Diminta ‘Bermaafan’ Dengan Janna Macam Izreen & Intan Dalam Melodi, Sheila Rusly Cakap Jangan Sampai Dia….
Saya sanggup berdepan
Sheila Rusly memuat naik keratan layar status sebuah portal hiburan yang mendakwa penerbit itu ingin menjodohkan anak lelakinya bersama Janna Nick tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian lalu Uzair Haqimy memilih Elisya Sandha sebagai isteri. Dakwaan tersebut telah membuatkan Sheila Rusly berang dan akan ambil tindakan undang-undang kepada pihak tertentu yang telah mengeluarkan dakwaan tidak berasas.
Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kalah. Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti. Saya sanggup berdepan.
‘Cara cakap macam diaorang kenal je’
Sementara itu, di ruangan komen, rakan artis juga turut bengang dengan dakwaan tidak berasas melibatkan anak pengacara program Ketuk-Ketuk Ramadan ini.
Malah, pelakon Dayana Roza turut mendedahkan anak lelaki sulung Sheila Rusly itu telah lama menjalin hubungan cinta dengan Elisya Sandha sejak pelakon itu di bangku sekolah lagi.
‘Sama saya secara automatic’
View this post on Instagram
Sementara itu, di Instagram suami kepada Sheila Rusly iaitu Jinggo juga meluahkan rasa bengang dengan dakwaan dan status yang ditujukan kepada keluarganya. Jinggo turut menafikan tuduhan tersebut yang telah mengguris hati keluarga dan menantunya.
Sumber: Sheila Rusly