berita

Diminta ‘Bermaafan’ Dengan Janna Macam Izreen & Intan Dalam Melodi, Sheila Rusly Cakap Jangan Sampai Dia….

May 18th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Kosmo

Baru-baru ini, nama Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh menjadi buah mulut ramai selepas mereka berdua dipertemukan dalam program Melodi Raya untuk menjernihkan keadaan.

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Paksaan Daripada Pihak Melodi’ – Penerbit Jawab Isu ‘Buli’ Intan Dalam Rakaman Melodi Raya

Artikel Berkaitan: Selepas 4 Tahun Dihimpit Kontroversi, Izreen Azminda Syukur Dapat Jumpa Intan & Minta Maaf

Tetapi lain pula yang jadinya apabila nama pengacara Melodi iaitu Janna Nick turut terkait sama.

Minta Melodi jemput Sheila Rusly

Perkara ini mula tercetus selepas netizen membanjiri komen di Intagram Melodi dengan memberi pendapat mereka supaya pihak produksi menjemput pelakon dan penerbit terkenal iaitu Sheila Rusly ke studio untuk dipertemukan dengan Janna Nick. Hal ini kerana, mereka mahu melihat hubungan kedua-dua individu ini kembali pulih selepas sekian lama berselisih faham.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa sebelum ini, Janna Nick mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Sheila Rusly dan keluarga. Malah, mereka kerap meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sekitar tahun 2019, hubungan mereka dipercayai mulai keruh dan tidak ‘sebaik’ dahulu. Oleh itu, netizen meminta supaya Sheila dan Janna dapat dipertemukan supaya dapat menjernihkan semula hubungan mereka.

Respon tweet netizen

Malah di IG Story, Sheila Rusly telah berkongsi beberapa tweet yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter berhubung kontroversi yang melanda dirinya. Dalam perkongsian itu, individu terbabit mendakwa hubungan Sheila Rusly dan Janna Nick menjadi keruh selepas Janna Nick dikatakan menolak permintaan Sheila untuk disatukan bersama anak sulungnya. Sheila Rusly sempat memberi respon dan menafikan dakwaan tersebut.

‘Kenapa tak panggil Sheila Rusly?’

Sumber: Instagram Melodi, Sheila Rusly

SKIP THIS AD ×