Sebelum ini, penyampai radio merangkap Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mengakui dirinya menerima kecaman dan tohmahan yang teruk daripada netizen susulan berita penamatan kontrak bekas penyampai stesen radio berkenaan iaitu Tyzo Xander.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lali Dengan Kecaman, Yang Kenal Tahu Saya Macam Mana’ – DJ Lin
Artikel Berkaitan: Didakwa Diberhentikan Sebab ‘Demand’ Gaji, Tyzo Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Pihak Stesen Radio
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Seperti Mimpi Bila Tyzo Tiada..Ramai Sukakan Dia..’ – Shiera
Kecam saya
Ketika ditemui OhBulan!, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslina Abdul Majid berkata, dia terbuka menerima kecaman tersebut namun berharap agar orang ramai tidak melibatkan anak-anaknya dalam isu yang sedang berbangkit.
Tak dinafikan saya terima kecaman berterusan malah kepada anak-anak saya sendiri. Pada saya, anak saya tak bersalah. Nak kecam ke apa kecam saya tapi jangan sentuh anak anak saya, mereka tak bersalah. Anda menghukum mereka tanpa alasan yang kukuh, anda menggelar ibu mereka macam-macam. Mereka juga manusia yang ada emosi ada hati.
Cuma kalau boleh saya nasihatkan, menghukum biarlah lepas kita mengetahui kenyataan yang sebenar. Itu baru adil.
Ketika ditanya mengenai kesan kecaman terhadap dirinya, DJ Lin yakin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.
Bagi saya apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan jadikan sesuatu tanpa hikmah. Saya tak tahu apa hikmah itu tapi saya percaya satu ketika netizen yang menghentam, yang mencaci maki saya itu akan sedar bahawa kenyataan adalah kenyataan. Itu adalah pasti.
Terdahulu, tularnya berita mengenai penamatan kontrak Tyzo dari stesen radio Suria FM sehinggakan ramai yang mula mempertikaikan keputusan stesen radio berkenaan.
Bukan itu sahaja, timbul pula dakwaan dari penyampai radio Selangor FM, Anie Mokhtar yang mengatakan Tyzo telah dianiayai oleh DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM.
Susulan itu, nama DJ Lin menjadi bualan hangat sehinggakan ramai yang mengecam penyampai radio berkenaan dan melakukan petisyen untuknya meletakkan jawatan