berita

‘Jangan Sesekali Perlekehkan Ibu Saya’ – Nedim Nazri Berkeras Tidak Maafkan Individu ‘Biadap’

December 14th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa bulan yang lepas, Nedim Nazri melalui instagram story meluahkan rasa sedih mendakwa dia dihalang daripada berjumpa anaknya sendiri. Baru-baru ini juga Nedim ada memuatnaik bukti perintah mahkamah yang berpihak kepadanya. Dakwa Nedim lagi, meskipun sudah mendapat kebenaran dari mahkamah bekas isteri tetap berdegil menyerahkan anak.

Artikel berkaitan : ‘I Don’t Care Who You Are’ – Nedim Tunjuk Bukti Dakwa Bekas Isteri Ingkar Perintah Mahkamah?

Terbaru, Nedim menegaskan dia akan buat yang terbaik untuk mendapatkan keadilan bagi pihak dirinya dan anak. Malah Nedim bertegas tidak akan memafkan individu yang biadap terhadap ibunya.

Tidak akan memaafkan selagi ‘dia’ tidak minta maaf

 

Menerusi tulisan di instagram story, Nedim bertegas untuk mempertahankan hak dan mendapatkan keadilan untuk dirinya dan anak. Malah, selagi pihak sana tidak meminta maaf, Nedim tidak akan sesekali memaafkan kelakuan biadap dan kurang hormat mereka terhadap ibunya. Katanya, buatlah macam-macam tetapi jangan sesekali menipu dan memperlekehkan ibunya.

Saya tak peduli siapa dia

 

 

Akhir sekali, Nedim menulis tanpa mempedulikan siapa pun orang tersebut, Nedim akan tetap bertegas demi ibu dan anaknya, Dre.

sumber : ig Bossned

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×