berita

‘Jangan Sesekali Pisahkan Bapa Dengan Anak, Apa Pun Alasan’ – Sharnaaz Ahmad

January 22nd, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz fizi

Hasrat penyampai radio Hot FM, Fizi Ali untuk berjumpa dengan anak perempuannya, Ameena Sofia tak kesampaian apabila dia dan bekas isteri, Shakilla Khoriri tiada kata sepakat bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak.

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Dakwa Sudah Ada Teman Lelaki Sejak Sebelum Bercerai? – ‘Acah Suci Hidup Sorang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shakilla Khoriri Bergegas Pulang, Dijemput Dengan Kereta BMW – ‘Minta Maaf Saya Ada Urusan Lain’

Yang pernah lalui faham

killa fizi

Rakaman video yang memaparkan Fizi menangis meluahkan rasa rindu terhadap Ameena selepas dua bulan tidak bersemuka turut mencuri tumpuan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sharnaaz meluahkan rasa simpati dengan situasi Fizi yang terpisah dengan anak tunggalnya.

Kata Sharnaaz, 38, dia tidak pernah berjumpa dengan Fizi namun dia memahami kesedihan yang ditanggung deejay radio itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menegaskan walau apa pun yang berlaku, jangan pisahkan anak dengan bapa kandung.

Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku nak peluk kau brother. Aku tak nak tau betul atau salah.

Tapi jangan sesekali pisahkan apa pun alasannya.

Hari ini, Fizi dan Shakilla hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak. Bagaimanapun, kedua-dua tidak bersetuju dan perkara itu akan dibicarakan pada 22 Februari depan.

Sebelum ini, media melaporkan Fizi memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan Shakilla.

Dakwa Fizi, dia tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

Terdahulu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Nur Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×