
Foto: FirstCry Parenting
Kebanyakan ibu di luar sana takut untuk memberikan anak kecil mereka sayur dan buah-buahan. Sebenarnya, buah-buahan dan sayuran dikatakan lebih baik kerana mempunyai banyak khasiat, lebih-lebih lagi pisang.
Pisang merupakan antara buah yang paling senang untuk didapati di Malaysia. Disebalik rasa yang manis dan berlemak, pisang turut mengandungi nutrisi penting untuk kesihatan tubuh badan. Ketahui khasiat-khasiat pisang yang bagus untuk anak kecil.
Membekalkan sumber tenaga

Foto: NDTV Food
Anak yang sedang membesar perlukan tenaga yang mencukupi untuk melakukan pelbagai aktiviti. Ini dapat dibantu dengan pisang kerana ia mengandungi komponen yang dapat membuatkan si manja berasa kenyang.
Kandungan mineral dan karbohidrat dalam pisang juga amat mudah dicerna. Ianya mampu menjadi sumber tenaga baik, terutamanya sebagai snek bagi anak yang cergas dan aktif.
Melancarkan pencernaan

Foto: Healthline
Berbeza dengan apa yang ramai percaya, pisang sebenarnya bukanlah penyebab sembelit tetapi sebaliknya. Ia boleh menjadi sumber serat yang membantu melawaskan pencernaan.
Untuk pengetahuan anda, keperluan serat untuk anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram serat sehari iaitu sama dengan 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Meningkatkan kesihatan jantung

Foto: Healthline
Pisang juga mengandungi banyak antioksidan yang bermanfaat bagi tubuh badan kita. Antioksidan yang terkandung dalam pisang ini dapat membantu kurangkan risiko penyakit.
Semua mineral penting terutamanya kalium dan magnesium yang terkandung dalam buah pisang juga dapat membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Mencegah asma & stres
![]()
Foto: Healthline
Menurut kajian, pakar menemui bahawa anak-anak yang makan pisang setiap hari kurang risikonya untuk terkena asma kerana bahan-bahan yang dikandunginya.
Sekarang ini makin ramai kemurungan dan stres, sama juga seperti kanak-kanak kecil. Terdapat banyak faktor persekitaran zaman ini yang boleh mendorong kepada stres walaupun di kalangan kanak-kanak. Ia mengandungi triptofan dan asid akino yang berperanan menjaga memori dan meningkatkan mood seseorang.
Meningkatkan kesihatan mata dan kulit
![]()
Foto: Healthline
Pisang mengandungi antioksidan, serta mineral sihat lain yang dapat meningkatkan kesihatan mata kanak-kanak. Antaranya ialah masalah rabun, kurang fokus dan daya penglihatan kurang tajam.
Antioksidan yang terkandung dalam pisang ini dapat mengurangkan kerosakan kulit dari radikal bebas.
Sumber: The Asian Parent, helloDOKTOR.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)